Hari Sabtu lepas adalah hari santai menghadap hujan sambil menonton televisyen dirumah.  Dan hari Sabtu biasa adalah hari ammi buat hardcore punya house chores ataupun hari stock up barang dapur, barang rumah.  

Hari Ahad, pepagi Abah kata harini takyah masak kita gi jenjalan.  Tapi ammi macam dah niat dari malam sebelumnya nak masakkan lauk untuk adik ipar ammi sekeluarga yang dijangkiti covid.  Dah niat makanya ammi teruskan.  Abah gi pasar jap cari lauk fresh...ammi masak lelaju.

Masak sup ikan merah, goreng ayam dengan goreng kobis je pun.  

Settle menghantar lauk ke rumah adik ipar di Desa Aman, kita pun mencari tempat makan untuk keluarga sendiri.  Si kecik nak makan ikan bakar. Dah berhari-hari sebenarnya dia request abahnya masak ikan bakar tapi abahnya tak reti nak buat cicah asam tu.  Pusing punya pusing, banyak kedai tak buka hari Ahad.  Sudahnya kitorang sampai ke area Pandan Jaya.  Nampak ada gerai yang jual ikan bakar...bolehlah.  

Settle makan ammi sebut "Bukit Tinggi jauh ke dari sini"?... tup tup abah kata...jom.  Ehhhhh wow sangat ni sebut je terus dapat.  

Sebelum tu singgah solat Zohor dulu kat mana ntah.  Belilah jajan sikit.  Sampai dipintu bawah Bukit Tinggi sekitara jam 3 camtu.  Jaga kat bawah tu kata "nak naik bukan ada apa pun, nak masuk kena bayar".  Nak minum kopi kat atas pun nak masuk kena bayar.  Tapi abah naiklah juga.  Sampai atas sikit memang kena bayar pun.  

Dewasa:  RM14

Kanak-kanak:  RM7

Itu entrance fee la kiranya.  Lain aktiviti kat situ lain bayarannya.  Jadi kami pilih untuk tak masuk.  

Kita turun balik, abah pergi ke Kg. Bukit Tinggi.  Ada kedai-kedai yang jual sayur kat situ dan kita pun beli-belah sayur fresh hasil tanaman penduduk setempat.  

Pastu, ammi cadang lagi.. "agak-agak kalau gi minum kopi kat Genting boleh ke? macam dah dekat je ni"... dan abah kata jom.  Ehhhhh wow berganda disitu...jarang berlaku ni.  Dan kita pun teruskanlah ke Genting Highlands.  Sampai sana dah nak dekat Asar dan kita pun terus ke Masjid Yayasan Mohamed Noah yang letaknya betul-betul di bawah Genting Premium Outlet.  

Dan begitulah Ahad kami dihabiskan... tiba-tiba terpergi ke tempat yang tak dirancang.  Mujur anak-anak memang sejenis suka pakai sweater bila duduk dalam kereta.



Gambar gegar? Ahhhh tak kisah nak letak jugak.

Turun je kereta, kasut yang Khilfi pakai bunyi kecepek kecepek...rupanya tercabut pulak tapaknya.  Ehhhhhh.  Mujur juga kat bawah, bawah mana ntah (Genting Resort kot) ada kedai ala-ala hot market.  Belilah selipar bodo-bodo harga RM6.  


Nampak cafe ni oklah tu...nak minum kat kedai ni mcm full je tablenya.  Kitorang take away jelah.


Yang baju kuning tu sibuk nak naik roller coaster kat luar tu.  



Demimu secawan kopi.


Ehhhh..tipu tau kamera kita.  Apsal flawless sampai tak nampak langsung jerawat kat pipi kita.  
Jerawat dia hilangkan...eyebag dia taknak pulak hilangkan sekali.  Cissss


Ini hampir nak maghrib dah sebenarnya.  Lawa sungguh pemandangan.

Sebelum gerak balik singgah semula kat Masjid Yayasan Mohamed Noah tu untuk kerjakan yang fardhu.  Kalau tak karang satu hal pulak nak mencari tempat nak solat bagai.


(Credit to Google)

Malam sekitar jam 10 baru sampai rumah.  Penat? Tak sangat pun.