Ketumbar dan kebaikannya

Di Malaysia, biji ketumbar adalah herba yang biasa digunakan di dalam masakan India dan Melayu.  Masakan dari negara jiran juga banyak menggunakan ketumbar untuk menyedapkan hidangan yang disediakan.  Boleh bayangkan tak masak kari tanpa ada ketumbar didalamnya?  Mungkin kita tak perasan kewujudan ketumbar tetapi ketumbar adalah antara herba yang terdapat didalam rempah kari, bunjut dan sebagainya.

Biji ketumbar ini bukan sahaja sedap sebagai penambah perisa di dalam masakan tetapi ia juga mempunyai khasiat untuk kesihatan.  Selain itu, ketumbar juga sarat dengan khasiat perubatan dan menambah beberapa nutrien penting, termasuk vitamin A, C dan K dalam diet harian kita.

kebaikan ketumbar

Credit to Google Photos



Antara kebaikan ketumbar yang kita sendiri tidak pernah tau adalah, ia dapat:-


Merendahkan paras kolestrol

Ketumbar boleh melindungi jantung anda dengan menurunkan tekanan darah dan kolesterol LDL (buruk) sambil meningkatkan kolesterol HDL (baik).  Biji ketumbar sangat berguna dalam menurunkan paras kolesterol. 

kolestrol

Mengurangkan paras gula dalam darah

Biji ketumbar dikatakan dapat mengurangkan paras glukosa darah bagi pesakit diabetes. Lebih-lebih lagi, ia dikatakan dapat mengekalkan aktiviti insulin, yang seterusnya membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah

Malah, orang yang mempunyai gula rendah dalam darah atau mengambil ubat diabetes harus berhati-hati dengan ketumbar kerana ia sangat berkesan dalam menurunkan gula darah.



Meningkatkan imun kerana kaya dengan antioksidan

Ketumbar mengandungi antioksidan yang berupaya menghalang kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas.  Sifat antioksidannya mampu untuk melawan keradangan (inflammation) dalam badan.

Ada kajian menunjukkan bahawa antioksidan dalam ekstrak biji ketumbar merendahkan keradangan dan melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser paru-paru, prostat, payudara dan kolon.


Merendahkan faktor risiko penyakit jantung

Ada kajian mencadangkan bahawa ketumbar boleh merendahkan faktor risiko penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol LDL (buruk) 

Ekstrak ketumbar bertindak sebagai diuretik, membantu badan anda membuang (flush) lebihan natrium dan air.  Ini mungkin menurunkan tekanan darah anda. 

Lebih-lebih lagi, ramai orang mendapati bahawa makan herba dan rempah ratus seperti ketumbar membantu mereka mengurangkan pengambilan natrium, yang boleh meningkatkan kesihatan jantung.

Melalui pembacaan, dikatakan mereka yang mengambil sejumlah besar ketumbar adalah tidak cenderung kepada penyakit jantung berbanding dengan yang mengamalkan diet ala barat yang banyak mengandungi garam dan gula.  


Melindungi kesihatan otak

Banyak penyakit berkaitan dengan otak termasuk Parkinson, Alzheimer, dan sklerosis berbilang (multiple sclerosis) dikaitkan dengan keradangan.  Sifat anti-radang ketumbar boleh melindungi daripada penyakit ini.

Kajian menyatakan bahawa daun ketumbar meningkatkan daya ingatan, menunjukkan bahawa tumbuhan itu mungkin mempunyai aplikasi untuk penyakit Alzheimer dan ketumbar juga boleh membantu menguruskan anxiety.

Dan ada kajian yang menunjukkan bahawa ekstrak ketumbar mempunyai kesan yang hampir sama dengan ubat yang biasa digunakan untuk mengurangkan gejala anxiety iaitu Diazepam.


Meningkatkan penghadaman

Minum air ketumbar pada waktu pagi boleh membantu meningkatkan penghadaman sepanjang hari, dan meningkatkan metabolisme. Ia juga membantu menyahtoksin kerana sifat diuretiknya dan oleh itu boleh membantu membuang toksin daripada badan dan membuatkan badan lebih segar.


Bagaimana untuk mengambil (consume) ketumbar?

Cara terbaik untuk mengambil ketumbar adalah dengan merebus dua sudu besar biji ketumbar menggunakan  segelas air, tapis rebusan itu selepas sejuk dan minum dua kali sehari untuk hasil yang berkesan.

Tetapi seperti yang dinyatakan di atas, bagi yang menghidap masalah kurang gula dalam darah, pengambilan ketumbar adalah tidak disyorkan kerana anda mungkin akan mendapat hipoglisemia.


Sumber:

  1. https://jiwasihat.com/
  2. https://hellodoktor.com/
  3. https://www.healthline.com/


Post a Comment

10 Comments

  1. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Saya kan, selalu belek pokok ketumbar, mana dorang ambil bijinya. Ada kena mengena atau tak?

    ReplyDelete
  3. Selama ni tahu guna ketumbar untuk masak je sampai terlupa nak kaji apa khasiatnya.

    ReplyDelete
  4. Rupanya banyak khasiat ketum..bar..hihihi saja eja jarak macam tu..kalau dijarak lain dah maksudnya kan..
    Saya suka kalau serondeng Kelantan yang banyak biji ketumbar sangai..rangup dan harum

    ReplyDelete
  5. wahh, banyak khasiat ketumbar. btw, baru wawa tahu dalam masakan kari ada letak ketumbar, wawa tk pernah letak.

    Datang follow kak sheila.

    ReplyDelete
  6. Selain untuk bumbu masakan, ternyata rempah ini bisa digunakan sebagai obat ya kak,
    Selain diminum langsung, ada nggak ya cara mengonsumsi ketumbar yang lebih nyaman? Bisakah ditambahkan dalam jamu misalnya

    ReplyDelete
  7. suka masuk dalam masakan, ayam ungkep, kari, rendang, serunding kelapa... buat rempeyek, buat biskut siput pn sedap boh ini

    ReplyDelete
  8. Banyak kebaikannya. Tapi itulah, jarang laku guna ketumbar kat rumah.

    ReplyDelete