Hari Jumaat lepas ammi kerja lagi buat sekian kalinya.  Ammi dan boss ada meeting di luar.

Meeting pukul 9.30 pagi, tapi pukul 8 pagi ammi dah sampai ditempat yang ammi sepatutnya tunggu bos.  Ehhh takpe, kita chill jelah dulu duduk di LRT Ara Damansara tu sambil tengok orang turun naik LRT.

Kejap tu macam boring so marilah kita turun.  Ohhh ada orang menjual di dalam foyer LRT dan ammi pun belilah Mexican Bun.  Lupa ammi layout LRT ni walaupun dulu (sehingga Jun 2019) setiap hari turun naik di LRT ni.


Mendung je cuaca, marilah duduk tunggu boss sambil menikmati roti mexico yang wallahhhh. Selesai meeting dalam jam 10.30 kami dah sampai semula di pejabat.  Selesaikan mana yang patut dan sebelum Zohor ammi dah balik.

Sebelum balik tu ammi check dulu jaduah Komuter ke Seremban.  Tren pukul 2.38 petang baru ada sampai ke Seremban.

Solatlah dulu...dannnnnn


Ko solat ke ko mandi Sharmila?

Basah teruk kain tu.  Itu pun jenuh ammi dok perah bagi air dia keluar.  Macam mana kain ni boleh terlepas dari dikepit entahlah.  Benda nak jadikan...nak buat camna.  Mujur juga kat belah bawah, kalau di atas karang orang ingat ammi shishi pulak.


Banyak lagi masa sementara nak tunggu train sampai.  Marilah kita makan tengah hari dulu.  

Ammi pilih mee kari di Meal Station.  Sedaplah juga mee kari dia.  Pekat likat sampai tersedaklah ammi masa menghirup kuah.

Sampai rumah, hampir ke waktu asar.  Terasa mengantuk sangat dan ammi pun baring sekejap.  Ya Allah, betullah orang kata jangan tidur lepas asar.  Memang hebat syaitan itu buat kerja.  Hampir ke pukul 7 baru ammi sedar.  Kyra tak perasan ammi balik sebab masa ammi balik dia dalam bilik.  Dia ingat ammi tak balik kerja lagi.  Abahnya keluar main bola.  Dah serupa flashman dah ammi berlari ke bilik air ambil wuduk.