Bukan sebarang beku

You want to bake this daun?  Khilfi tanya masa tengok ammi letak trays ni atas meja.

A'ah...kita minum petang sayur bakar petang nanti.  Pelik je muka dia masa ammi jawab dengan yakinnya.   

Abah kamu beli sebeban daun sup, daun bawang macam kita ada buka kedai sup pulak kat belakang rumah ni.  Kalau dibiar dalam fridge tu walaupun bahagian bawah fridge tu mampu jaga kualiti sayur tapi sayur jenis macam tetaplah akan benyek.

Jadi baiklah ammi cuci bersih, keringkan dan kita frozenkan.  Tapi rasanya abah memang sengajalah beli banyak sebab dia dah nampak kesenangannya bila dia memasak.  Tak perlu nak basuh, potong bagai dah.  Keluarkan dari freezer, masukkan terus dalam masakan.  Settle.  

Ohhhh begitulah agenda abah rasanya.  Hmmmm now I know.


Tray ni kecik je tapi multi-function betul.  Kalau buat cookies letak atas dia, kadang-kadang kalau nak hidang air untuk 2-3 orang pun guna dia juga letak cawan.  Ni nak keringkan sayur pun guna dia juga.  Bagus kamu ye tray...tak sia-sia ammi beli kamu dulu.

Gambar yang dah masuk dalam container lupa pulak nak snap.  Tapi memang mudahlah bila dah buat gini.  Tips untuk daun bawang dan daun sup frozen ni kan, masa betul-betul nak tabur atas makanan baru keluarkan, kaut, tabur dan simpan semula.  Tak perlu nak defrost bagai.

Ada orang nak mudahkan proses memasak dah blend siap bawang merah, bawang putih bagai.  Tapi ammi tak reti nak sukat kalau dah siap berkisar.  Jadi ammi cuma kopek siap-siap, bila nak pakai barulah tumbuk or kisar.  

Post a Comment

13 Comments

  1. pernah jumpa petua ni kat FB. Akan cuba buat. Harap2 menjadi la...

    ReplyDelete
  2. okay..ilmu baru ni.. x pernah try jugak bab frozenkan daun sup daun bawang ni
    so far daun pandan, daun kunyit, bunga kantan, daun kesum...tempe semua aku frozenkan...utk tahan lama...pas ni leh try plak frozen kan daun sup & daun bawang
    selalu beli mesti x habis kan..benyek mcm tu, buangg
    tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Ammi mcm nieyl,..
    Tapi mak nieyl dia jenis yang suka blend untuk seminggu terus..bawang merah, bawang putih, cili api dan cili kisar. 4 item ni setiap minggu memang wajib...

    ReplyDelete
  4. betul-betul sebeban tu abah beli hehehe

    ReplyDelete
  5. Kelakar la Amni ni hahaha. Banyak betul ek daun sup tu. Takpela, abah suruh makan bebanyak tu :D

    ReplyDelete
  6. Oh! Baru tahu kalau nak daun sup tahan lama, frozenkan dia. Tips yang berguna, Amni. Terima kasih share.

    ReplyDelete
  7. Sama kita, tak reti sukat bawang siap kisar, hahaha. Betullah Ammi, daun sup tu macam ada kedai sup belakang rumah Ammi. Nak frozen pun banyak betul tu, hehehe.

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi petua simpan daun sup cara frozen ni

    ReplyDelete
  9. Cik Ash pun buat begitu juga, mudah nak guna ambik jer yg dah siap hiris, kadang beli bukan guna semua, lebihan tu simpan Frezzer, bab bawang kisar tu memang cik Ash buat senang nak masak, cik Ash sukat guna sudu makan.

    ReplyDelete
  10. Ohhh daun bawang nih bisa juga yaaa. Kemarin tuh saya diajarkan kalo daun bawang, taro dalam botol berisi air. JD bagian akar dia direndam air. Tiap hari air diganti. Bisa tahan.

    Memang tahan, tapi bau dia semakin kuat juga 🤣🤣🤣. Tak sanggub saya kak.

    Nanti nak coba di freezer saja lah. Selama ini yg di freezer macam kencur, daun jeruk, daun salam saja

    ReplyDelete
  11. baru tahu tips ni. Kadang-kadang tu ada juga terliebih tapi bila simpan jadi rosak terus buang. Lepas ni boleh frozenkan pula.

    ReplyDelete
  12. x pernah frozenkan lagi daun sup or daun bawang mcm ni..tapi bawang tu memang PZ akan kupaskan siap2 supaya senang anak dia nak masak

    ReplyDelete
  13. tak pernah frozen kan sbb beli pun utk ckp2 mkn je… dah habis beli baru hehe

    ReplyDelete