Dulu bagaikan belangkas

Budak berdua ni rapat masa kecik dulu.  Kalau balik kampung, dimana ada Aimi mesti kat situ ada Kyra.  Kalau hilang sorang, confirm hilang dua-dua ni.

Ada 5 orang sebenarnya sepupu perempuan yang lebih kurang sebaya tapi mereka lebih rapat berdua.  Mungkin sebab ammi dan adik ipar ammi ni sebaya kot.  Otak pun sama je ngokngek.  Nak-nak ammi dan adik ipar pernah sekolah bersama masa di sekolah rendah (dari darjah 1 sampai 3).  Kecik sungguh dunia.

Jadi kami selesa bersama.  Bila mak selesa anak pun turutlah selesa bersama.


Aimi lahir 2/2/2007
Kyra lahir 21/12/2008


Kalau sorang tak jadi flower girl, yang sorang lagi confirm bad mood.


Kadang-kadang cuti sekolah ammi kidnap Aimi bawak balik rumah.  Jadi adalah aktiviti masak-masak "asalkan korang bahagia".  


Bila masing-masing dah semakin besar...masih lagi rapat.


Kalau convoy balik kampung or kemana-mana, confirm samada pasangan ni duduk kat kereta mamapapa dia atau kat kereta abahammi.


Dulu memang projek dia adalah "projek penuhkan gallery phone ammi dan mama".


Sekarang..sorang nak masuk Form 5 dah, yang sorang nak naik Form 4.  Dah tak seakrab dulu, kalau jumpa macam segan dan malu je dorang ni nak berbual.  Masing-masing dah remaja kot.  Kalau sorang lelaki sorang perempuan ammi faham...masalahnya dua-dua perempuan.

Janganlah malu-malu dan menjarakkan diri anak-anak ammi.  Ahli keluarga tak boleh ditukar ganti.

Post a Comment

11 Comments

  1. boleh jer jd bestie even cousins pun :) apatah lagi sama gender kan :)

    ReplyDelete
  2. betul..bila masing- masing dah besar jadi tak berapa rapat..kadang pelik betul..

    ReplyDelete
  3. Dah dewasa nanti tentu ada haluan sendiri dan jarang2 jumpa

    ReplyDelete
  4. begitulah anak-anak... membesar bersama.. semoga membesar dengan sihat dan cerdas.. ameeennn

    ReplyDelete
  5. Mungkin sebab dah jarang berjumpa kot. Masing masing pun circle dah berbeza. Mana tahu lepas ni rapat semula macam belangkas seperti dulu.

    ReplyDelete
  6. Tak lama lagi kena pinang le mereka tu....

    ReplyDelete
  7. bila dah besar nak rapat kena ada common interest. Insha Allah selalu jumpa nanti rapat balik tu

    ReplyDelete
  8. Sama dgn anak PH, Kakak & Alya sepupu dia... Memang berkepit je kalau jumpa
    Best kan kalau bff tu cousin sendiri 😁

    ReplyDelete
  9. mungkin jrg jumpa
    tu yg mrk kdg2 jd segan
    sy pun dulu berperasaan mcm tu jg
    hehehe

    ReplyDelete
  10. Eh tapi memang, saya pun begitu dengan sepupu. Dulu kecil rapaaaaat sangat sekarang macam baru kenal 🤣🤣.

    Biasanya memang takes time utk bisa rapat balik kan 😄. Dah cantik2 keduanya..foto2 saat mereka kecil pun cute sangaat 😁👍

    ReplyDelete