Kita buat apa di JB?

Selesai je majlis nikah Adib kita terus balik ke JB semula.  Plannya belah-belah petang nak berjalan-jalan di bandar.  Namapun plan.

Sementara tunggu orang lelaki balik dari solat Jumaat, kita yang pompuan mana yang tak makan kat rumah pengantin perempuan kita makan kat rumah.  Mak pengantin tapau berbekas-bekas nasi ambeng dan karipap sardin yang sedap tu.  Alhamdulillah.  Kita makan je kasi habis apa yang ada.  Jangan membazir.

Selesai tu, ehhhh terbaring pulak tengok cerita hindustan.  Kita layanlah 12th Fail.  Mujur juga cadangan ammi ni tak mengecewakan walaupun ammi tengok sambil tertidur berapa kali ntah.  Tidur bangun tidur bangun depan tv.  Korang dah tengok cerita ni?  Tengoklah...tak ada adegan menari dengan baju tak cukup kain semua...sopan je ceritanya.

Sudahnya bandar ke mana kitorang ke mana ntah.  Petang tu pergilah ke taman kejap briskwalk buat keluarkan peluh sikit.




Sampai kat tempat anak-anak buah berkumpul tengok-tengok adik ipar (berbaju kotak-kotak) dok ajar anak-anak buahnya main baling selipar.  Yelah, itulah permainan kami masa zaman kami.  Dulu mana ada mortal combat, game lawan-lawan kat telefon.  Telefon pun tak ada.

Malam tu kita buat acara tutup dapur dirumah kaklang.  Kita menebeng kat tepi Tebing.


(Gambar dari google) je sebab kitorang parking jauh dari sini.


Makan-makan di Tebing.  Kitorang duduk kat area yang ada foodcourt tu.  Best juga kawasan ni.  Kita makan pun copot-copot pinggan orang je sebab kenyang makan siang tadi pun tak surut lagi.  

Esoknya, majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dibuat belah malam.  Pagi kita merayap pulak ke Ikea.  Yang Kaklang bertungkus lumus masak kat rumah dengan anak-anak bujangnya.  Padan muka kaklang...sapa suruh kitorang datang "makan je".  Hahhaha kuang ajau punya adik ipar.


Ammi ni respectlah kat anak-anak bujang kaklang ni.  Dari yang sulung sampai ke bongsu.  Memang sangat membantu mamanya kat dapur, lipat kain, jemur kain. Dorang tau agaknya mamanya tak ada anak perempuan.  Ni siap dia layan makcik pakcik dimeja makan.  Ada sesapa sudi nak jadikan si bongsu berbaju putih ni calon menantu? Hahahha..


Orang lain dah beransur ke ruang lain dalam rumah...yang ni masih setia di meja.  

Bila dah macam ni punya aktiviti di meja makan, misi road to 55 ammi terus gagal.  Gagal teruk ...dah elok haritu berat masuk ke kawasan 56 sekarang dah duduk semula di jajahan 61.  Perlu konsisten semula buat IF selepas hampir 3 bulan ammi buat IF on dan off atas nasihat doctor.

Dah...selagi tak keluar dari rumah kaklang kita memang akan bersidang kat meja makan ni je.  Baiklah kita keluar dari rumah ni...kita balik homestay.  Siap-siap nak ke majlis malam ni pulak.

Post a Comment

10 Comments

  1. Bila dah berjumpa lagi lagi duduk di meja memang begitulah konsep dia. Hujan pun tahu berhenti, ayat yang biasa orang perli.

    ReplyDelete
  2. part mkn2 ramai2 tu beshhhhh..err part diet2 tu...MZ pun masih ke laut ni..tak jumpa lagi daratan..sadisss

    ReplyDelete
  3. uiiii...tetiba terslit hantu kak limah kat gambar last tu..sumpah seram...

    ReplyDelete
  4. Kat taman tu cuaca baik ya...Kalau hujan memang takde la nak kuarkan peluh....

    ReplyDelete
  5. aktiviti wajib tu kalau dah berkumpul ramai2 mesti nak bersidang di meja makan tak bangun2

    ReplyDelete
  6. geng la ngan aku...gagal teruk wei.. nak mula balik tu, adoi la..

    ReplyDelete
  7. tekezut tgk
    tetiba muncul gmbr hantu
    hahahaha

    ReplyDelete
  8. Kosong lagi ke si baju putih tu?🤣
    Respect dengan mak ayah yang pandai didik anak anak macam tu..
    Saya memang fail

    ReplyDelete
  9. Parents nya patut dipuji, karena berhasil mendidik anak2 lelakinya mau membantu pekerjaan ibu mereka ❤️. Seharusnya memang begitu, karena pekerjaan perempuan pun bukannya pantang untuk dilakukan orang lelaki.

    ReplyDelete