Jumaat macam-macam ada

Ammi sepatutnya kerja hari Jumaat lepas sebab boss ada urusan sebelum berangkat ke luar negara.  Ammi mintak izin untuk masuk lewat sikit sebab nak uruskan si Ozil ni.  Pastu boss congak-congak dan kata "no need to come" sebab pada dia ammi ni pun dah lama tak WFH di hari Jumaat sejak dia sibuk dengan urusan majlis kahwinnya.  Dia suruh ammi standby je kat rumah.

Maka, Jumaat lepas hantar si Abang Thor ke sekolah, Ammi teruslah ke Lake Garden.  Lama dah tak briskwalk betul-betul keluar peluh jantan betina.  Bacaan BP ammi pun lately agak kurang memberangsangkan dan kepala agak tingtong setiap hari dan disebabkan itu marilah bersenam.  Manalah tau boleh ok semula.  



Berpeluh-peluh berkecah ketiak dan masuk je kereta terus perut auto lapar.  Eh ngada eh.


Singgah ke kedai adik saudara dan order "Dik, angah nak kueh teow goreng pedas dan sedap 1".  Mujur kedai adik sedara...kalau kedai orang lain mau dia lempar kuali kat muka kau.

Baru kau beriya berjalan bakar kalori...pastu kau masukkan balik beribu-ribu dalam badan.  Tapi saya teringin.

Selesai makan, marilah kita mencari lauk dulu lelaju sebelum nak on laptop standby kalau ada kerja sambil memasak.


Siakap balado...presentation saya very bad uolls. Nak susun hasil masakan dalam mangkuk lelawa pun tak reti.  Teruk betul.


Ayam goreng kunyit


Masak lomak putih kobis campur dengan fucuk kering.  Fucuk kering ni lately memang sentiasa ada stok dalam fridge ammi.  Suka pulak ammi makan.  Kadang-kadang ammi hiris nipis buat goreng sayur, masuk dalam sup.  Ikut suka jelah.

Petang Jumaat tu keluar membeli barang keperluan office sikit sebab memang plan nak ke KL esoknya sebab abah ada game bola, jadi bolehlah singgah ke office sekejap hantar barang.  Gitulah saiya....saiya bikin semua.  Nasib baik cuci jamban office ada bibik yang datang basuh.  

Post a Comment

25 Comments

  1. aku pun slow down sgt dah aktiviti briskwalk aku ni.. nak mula balik tu, alahaiii.but kena jugak ni.

    ReplyDelete
  2. Skang x sempat lagi nk eksasis... Hahaha.. Esok2 dah PJJ betul2.. Boleh la stat balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time si dia adalah best nak exercise...

      Delete
  3. Sama la, PH pun dekat sebulan dah kot tak briskwalk... Jadual harian tunggang langgang sikit lately. Nak mula balik tu adoiiii berat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kan walaupun baru sebulan dua tak buat tapi ada impaknya pada berat kita.. ni doctor dah tak bagi ammi buat IF lagilah...camna ntah naiknya nanti

      Delete
  4. ammi all rounder laaa semua keje boleh buat tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah MZ bila hanya ada ammi dan boss je di office. Minta boss gi beli mineral water manjang aja dia lupa. sudahnya kita sendirilah gi beli

      Delete
  5. Wak kalau pagi jumaat pegi pasar minggu dengan pn is3
    Beli barang keperluan dapur untuk seminggu.
    Wak tukang tarik troli aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ammi gi pasar...ammi yg jadi tukang tarik bakul sebab ammi tak reti memilih barang basah

      Delete
  6. Alamak..dah keluar peluh jantan, berduyun2 masuk balik sebab kueh teow... hahhaha

    ReplyDelete
  7. Fuchuk tu.. tauhu kering kan?. Mmg sedap tu. Heaven sgt kalau blk Msia terjumpa yg ada tanda halal.

    Ammi dah bleh briskwalk tu.. tanda dah hilang lah sakit aritu kan?. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..tauhu kering kak.

      Sakit tu masih ada kak..sentiasa berpinar mata ni

      Delete
  8. Replies
    1. Ahaksss..tau aja. Orang bagi kita merasa. Nak beli sendiri memang taklah

      Delete
  9. Nak start balik proper Briskwalk..hari- hari memang dah jalan jauh kan..Pasar seni ke Lrt, Lrt ke opis, balik kerja pun sama..jalan jauh ke KTM, sampai Seremban jalan lagi jauh sebab platform yang dekat tu renovation kan..ntah bila nak ok x tau la..hehehe..weekend je boleh proper Briskwalk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi tanya kat doctor haritu..is it sufficient my daily walking routine to work. Katanya "daily walking to work and briskwalk is not the same". Sebab pembebasan hormon tu berbeza.

      Delete
  10. brisk walk pun sebenarnya bagus kalau kita amalkan selalu, dia tetap keluar peluh2 tu..
    nieyl pun kdg2 brisk walk juga, klu tak sempat buat tabata je dalam bilik hehehe..yg ini gerenti berpeluh jantan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak google la pasal tabata tu..tak pernah tau pun

      Delete
  11. Membakar kalori memang satu cabaran, kumpul semula kalori punyalah senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang..nak-nak nafsu makan macam apa je ntah

      Delete
  12. Masak lemak putih memang best pair dengan goreng goreng ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..selalu ammi suka lemak putih pair dengan sambal ikan

      Delete
  13. Hari ini masakan saya lemak putih sawi dan tahu juga , + ayam kecap 🤭.

    Jadi kira impas ya kak, kalori keluar dengan yang masuk 😄..

    Tak apa, yang penting tetap ada bergerak 👍😁

    ReplyDelete