Hari Sabtu lepas menghadiri majlis di rumah sepupu ammi, kami pun gedik-gediklah nak makan mee goreng mamak.  Macam tak cukup makan je kat rumah orang kawin tadi padahal dah penuh sepinggan.  

Along ammi macam, sebut mee goreng teringin pulak nak teh tarik.  Dan carilah di internet.  Pernah nampak ada orang share kata ada satu kedai di belah-belah Cheras ada mee goreng yang sedap.  Kedai ni buka weekend je.

Cari dan kami jumpa.


(Gambar dari Google)

Kedai Mee Rebus Penang Original
Jalan CU 9, Taman Cheras Utama,
43200 Kuala Lumpur


Dah nama kedai, kedai mee rebus.  Ammi pun orderlah mee rebus.  Sedap.


Air Asam Penang.  Sedap air ni.  Ada rasa cengkih ke kayu manis ntah.  Tapi serius sedap.


Budak 2 ketul yang taknak makan dan cuma mengecek makanan dari pinggan abah & ammi.


Abah punya mee goreng mamak.  Mee ni digoreng guna dapur arang guys.  Memercik-mercik api arangnya masa dia goreng.  Ammi lupa nak merasa tapi abah kata ok.  Abah kata ok...makanya oklah kot.

Tapi...along ammi kecewa sebab kedai ni tiada minuman bersusu.  Ada air O sahaja.  Tidaklah dapat seketul along makan mee goreng mamak bersama teh tarik panas tarik satu kali dia.  Hahah...itulah cara along ammi order kalau dia minum teh tarik.  Tarik satu kali je...takyah banyak kali.  Dia tau ok ko tarik banyak kali ke tidak.  Ahakss.