Perpisahan demi kejayaan

Lama betul tak update blog ni.  Malas ada, penat pun ada.

Hari Isnin lepas, 27.03.2023, Abah & Ammi dengan ikhlas dan redha lepaskan anak ke-2 kami untuk merantau menimba ilmu.  Wahhh ayat macam merantau ke luar negara pulak gayanya...sebelah negeri je ammi oooii.  Satu negeri dengan kakak Dania anak kak SA.  Tapi dah nama pun anak, bawah umur, belum tumbuh misai pun lagi.  Kerisauan tu tetap ada, rasa kehilangan tu lagilah terasa.  

Jam 7.15 pagi kami gerak dari Seremban ke Ayer Keroh.  Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi.  


Lebih kurang jam 8.20 kami sampai lepas berhenti gi toilet, beli jajan (ehhhh puasalah).


Dulu menghantar adik ipar paling bongsu...sekarang tak sangka menghantar anak sendiri ke sini.  Alhamdulillah...cucu atok yang pertama penyambung legasi Mak Lang, Pak Cik dengan Pak Pis di Mozac nampak gayanya.  


Abah kata dulu masa Kak Lang & Bancik kat sini, Atok akan datang melawat naik bus pastu berjalan dari bawah bukit ke atas.  Berapa kali berhenti ambil nafas ntah.  Sebab sekolah ni memang jauh di atas bukit.  Bersyukurlah sekarang ni kita ada kereta untuk memudahkan pergerakan.


Beratur untuk dapatkan nombor giliran, warna rumah dan kelas.  Masa taklimat online hari Sabtu dah dimaklumkan...murid akan diletakkan di dalam dorm mengikut warna rumah.  Maknanya keputusan hari final sukan bukan bergantung pada rumah apa yang terror main sukan ini sukan itu..tapi bermula dari pertandingan dan aktiviti dalam dorm itu sendiri.  Dia target nak RUMAH BIRU atau HIJAU sebab tenang katanya.  Dia berharap sangat tak dapat MERAH.

Masa kat meja daftar tu, ammi tanyalah kat kakak senior meja pendaftaran tu, warna rumah tu boleh pilih ke.  Katanya boleh pilih kalau ada adik-beradik lain disekolah.  Kiranya nanti abang atau kakak turunkan je cadar atau baju sukan dorang pada adik-adik.  Ok baik.  Dan ammi pun JUJUR kata takda adik beradik.  Seeeee mak jujur dan redha ok.

Sudahnya ahakssss... dapat rumah merah.  Tapi ammi cakap kat dia..merah tanda berani.  I want you to be my brave and independent boy.  Ayat beli jiwalah kononnya.


Settle bab dapat kelas dan warna rumah, masuk dalam ni untuk pendaftaran induk pulak.  Pendaftaran induk ni maknanya penyerahan dokumen-dokumen dan bayaran yuran-yuran.  Kat sini nanti yang dorang akan dapat jumlah keseluruhan berapa pelajar yang terima tawaran.  Sebab kat luar sana masih ramai yang menanti rayuan anak-anak mereka diterima.  Bila ada yang menolak maka lebih banyaklah peluang untuk 2nd intake, 3rd intake.

Ammi uruskan pendaftaran induk, abah uruskan pembelian di koperasi.  Ambil cadar bagai.  Kita bahagi kerja kan mudah gitu.

Selesai di dewan besar, kita gerak ke dewan makan pulak.  Pendaftaran dorm, sesi terima "abang angkat".  Wan Mohd Aqil nama abang angkatnya, abang tingkatan 4.  Dia akan dibantu dan dibimbing abang angkat ni sampai tingkatan 2.  Tingkatan 3 nanti dah on his ownlah kiranya. Tapi tak sempat pulak ammi nak bergambar dengan abangnya.  Sebab nak attend taklimat dah.


Lebih kurang jam 11.30 pagi ada taklimat untuk ibu bapa dan murid di dewan besar.  Dewan Muzaffar Syah.


Ini waktu bacaan ikrar oleh wakil pelajar tingkatan 1.  Lepas tu ada sesi nyanyi lagu sekolah dan lagu yang buat air mata ammi jatuh.  Setiap kali lagu ni berkumandang confirmlah menangis.  In fact masa Kyra convo tadika dia nyanyi lagu ni pun ammi nangis.  Ehhhhh tisu nau hati kamu ni Sharmila.

Cer teka lagu apa?  Sapa teka tepat dapat hadiah.
Clue:  Penyanyinya lelaki dan sudah meninggal dunia.
(Waktu tutup meneka:  Rabu 5.04.2023)


Selesai taklimat, kita naik dorm selesaikan masalah susun barang dan katil.  Tadi sebelum taklimat abang angkatnya dah tolong pasangkan cadar, ajar cara lipat selimut, bagi cadangan cara susun almari.  Cara susun kasut, selipar, sandal kat luar bilik.  Alhamdulillah dapat abang angkat yang nampak lemah lembut orangnya.  Semoga jadi adik angkat yang baik ye Khilfi.


Mujur juga kami daftar dorm cepat.  Asalnya Khilfi dapat dorm 3.  Untuk merah...tapi bila sampai ehhhh penuh semua.  Maka kenalah pindah ke dorm 2 disebelah.  Masa sampai tu hanya dia je kat situ.  Jadi dia pilih katil yang bawah, dan dapatlah pilih almari bebetul sebelah katil.

Bila naik semula lepas taklimat...eh bercampur pulak dorm ni merah & biru.  Lawa pula selang seli warnanya.


Selesai menggantung baju, kemas-kemas almari.  Marilah bergambar kenangan.  Lepas ni tak ada dah peluang kita nak masuk dorm anak-anak.  

Dorm Kyra sampai ke sudah tak pernah kami naik sebab masa dia mula-mula masuk Form 1 tahun 2021 dulu...hanya anak-anak yang boleh naik ke dorm.  Boleh bayangkan tak betapa penatnya dia turun naik sendiri bawak barang.  Sedih je ammi & abah tunggu kat bawah.  Siap hantar barang ke tempat paling dekat dengan tangga.


Tuala perlu disusun ikut nombor locker.  Dah sesiap ada nombor kat penyidai tuala tu.


Laluan dari dewan makan ke Aspura.  Berbaris telefon.  Abah dah daftar untuk dia terima kad OneXox...nanti kita tinggal top-up je kad tu.  Tak perlulah nak sediakan duit syiling.  Tapi pagi tadi dia call dia tak boleh nak tengok baki kad.  Aterrr...camna nak tau berapa baki dalam kad agaknya?


Suruh dia solat Zohor dulu sebab pukul 3 nanti dia ada taklimat lain.  Ibu bapa hanya boleh dengan anak-anak sampai pukul 3 je.  Dia siap solat salam peluk cium dan ammi suruh dia naik dorm.  Berkenal-kenalanlah dengan kawan yang lain.  


Sob sob...tapi ammi tak nangis.  Ammi cuma peluk pegang tangan dia.  Nangis kang lain pulak vibes yang dia dapat.  


Nak keluar dari sekolah baru perasan.  Apsallah masa masuk tadi tak perasan?  Mesti masa masuk tadi hati gundah gulana agaknya.  

Sepanjang Ramadhan ni anak-anak dibenarkan untuk balik setiap minggu.  Alhamdulillah...jumpa kamu Jumaat nanti son.

Post a Comment

25 Comments

  1. Wah Mozac tu, tahniah!
    Belajar rajin² Khilfi 💪
    Samalah kita Ammi, sampai skrg tak pernah dapat peluang naik asrama anak sulung :(

    ReplyDelete
  2. Tadi komen jadi anon la pulak Ammi 🤭 anyway, tahniah sekali lagi 👍

    ReplyDelete
  3. Selamat maju jaya Khilfi...nak teka boleh..lagu Allahyarham Sudirman-Ayah dan Ibu kan?

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan di asrama dan dapat kawan yg baik2..
    Aini xtau la klau anak masuk asrama.. haihhh x senang duduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak senang duduk tu mmg confirm tp kena cuba kawal diri juga mak-mak ni sbb kita pun akan bagi vibes. nama pun naluri ibu2kan

      Delete
  5. Alaaaa... janganla malas update blog...

    Cantik juga cadar merah cam tu!

    ReplyDelete
  6. Wah...congrats. moga terus success yer ...

    ReplyDelete
  7. saya pula yang menangis sebak tak dapat nak bayang nanti kalau Pia dah dapat masuk asrama tahun depan...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan ammi dulu anak dia dapat tapi dia yang pujuk anakknya takyah pegi...

      Delete
  8. tahniah Khilfi...anak laki tkla sedih sgt mcm ank pompuan berpisah rasanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhhh takkkk...anak lelaki lebih merisaukan rasanya

      Delete
  9. Alhamdulillah...semoga yang baik- baik aje yang anak...sebulan puasa ni boleh balik every week, yeayyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh balik... harini kang balik dengan harapan dia tu...harapan taknak masuk asrama smula

      Delete
  10. Tahniah Khilfi..
    Rezeki merah yer...Semoga dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  11. Tahniah Khilfi dapat masuk SBP! Tahniah jugak dekat Ammi sbb sanggup lepaskan anak bujang ke asrama. Saya je tak sanggup sobsss. Mak yang cengeng, bukan anak 😂

    ReplyDelete