Ammi ni jarang-jarang dah scroll IG.  Sebab rasa macam lebih suka membaca dan mencari maklumat kat Facebook je.

Haritu saja-saja buka IG...sekali eh ada oppa yang follow ammi.  Awak nak apa follow ammi ni?  


Saya takda duit kalau awak nak pinjam.  Saya pun tak gemar sangat dengan lelaki look camni


Walaupun saya ada juga tengok beberapa drama Korea tapi saya tak ingat nama pelakon lelaki mahupun perempuan selain Lee Min Ho.  

Awak tengok-tengok jelah dulu IG saya yang tak ada apa-apa tu...nanti saya block awak ye.  

Sekarang ni meratalah lelaki yang berpakaian ala-ala pilot, pakai suit, muka ala-ala Pak Arab nak follow, nak add wanita-wanita ni.  Silalah jangan terpedaya ye kakak-kakak, adik-adik.  Kalau betul dorang ni pilot, CEO yang pakai suit ala-ala drama melayu keluar gi makan kat restoran pun bersuit bagai tu...sah dorang pembongak yo tu sebab pilot sebenar, CEO sebenar takde masa nak terhegeh2 cari pompuan kat IG, kat FB.  Ahaksss...