Marilah Mari, Pergi Mengundi

Dulu masa kecik-kecik, kalau time nak dekat pilihanraya memang selalu aja dengar lagu ni di TV, di corong radio.  Sekarang dorang guna lagu apa?  TV pun dah jarang tengok.

MARILAH MENGUNDI - Dato' Zainal Alam

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Ehhhhh korang tengah nyanyi ke tu?  Saja je refresh memory zaman kekecik dulu.

Teringat arwah ayah ammi (dia tak boleh mengundi sebab dia hanyalah Permanent Resident).  So, bila arwah mama nak keluar mengundi Aca mesti akan ingatkan...."don't let anybody know who you choose, orang tanya you diam je".  Masa tu tak banyak pilihan...yang ada kat kawasan ammi seingat ammi hanyalah parti dacing, parti roket dan parti bulan.  Sekarang maciam-maciam ada.  Mungkin kejadian 13 Mei 1969 masih segar diingatan kot.  Cukup takut Arwah Aca nak lepaskan isteri dia keluar mengundi.


Macam biasa ammi akan mengundi di Seremban.  Den orang Nismilan woiiii...takdo tompek lain do den nak ngundi.  Dan inilah calon-calonnya.  Insyaallah... pilihan dah ada tinggal nak memangkah je nanti.  Semoga sihat di hari mengundi dan semoga pilihan ammi tepat.


Mengundi di sini... sesapa yang ditempat yang sama jom set time.  Boleh dating sambil beratur.  Kalau tak sangap pandang handphone.


Jangan terserempak dengan seseorang dahlah...masa PRU yang lepas dia jadi petugas kat situ.  

Post a Comment

14 Comments

  1. slmt mengundi☑️
    Ank buah ciknur ada sorang kat Somban mengundi

    ReplyDelete
  2. belum dengar lagi lagu sepenuhnya untuk PRU kali ini....

    ReplyDelete
  3. Hahaha dh x pasal2 kita nyanyi lagu undi ni...

    ReplyDelete
  4. Marilah mari kita mengundi..oh dokek sini yo Ammi mengundi.

    ReplyDelete
  5. ternyanyi la....🤭
    Dulu-dulu penyanyi yg nyanyi lagu ni suara dia memang suara jantan betul

    ReplyDelete
  6. aku bawak ibu & adik2 aku...kat sekolah puteri...jadi driver je kali ni..

    ReplyDelete
  7. Siapalah seseorang tu? Jeng jeng jeng.. hehehe.. boleh tahan jugak sengit tu lawan 5 penjuru

    ReplyDelete
  8. Selamat mengundi ammi! Sekarang lagu mengundi dah catchy dan rancak :D

    ReplyDelete
  9. Lagu tu catchy.baca terus ternyanyi. Saya pening ni, 9 penjuru

    ReplyDelete
  10. wah.
    anthony loke dpt majoriti besau!
    he is good. in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  11. Yeah!! Selesai dah semua menjalankan tugas.. lagu mengundi tu memang legend..

    ReplyDelete