Rorschach

Minggu lepas balik Seremban naik komuter. Dalam komuter carilah movie apa nak tengok...dan ammi pilih filem Malayalam. Nak asah vocab bahasa ibunda arwah ayah ammi. Payah nak dengar orang bercakap dalam bahasa Malayalam kat Malaysia sebab dorang semua heboh nak cakap English je termasuklah sepupu-sepupu ammi (at least dorang tau je bahasa sendiri cuma lebih selesa mungkin berbahasa Inggeris).  Boss ammi pun Malayalam juga tapi sepatah haram bahasa ibunda pun tak reti nak cakap.

RORSCHACH



Filem ini berbentuk Psychological Thriller tapi pace cerita ni agak slow tapi plot twist dia sangat perghhhh dan memang kena fokus je tengok.  Sebab in a split second akan ada misteri yang terbongkar. Ko terpejam mata 2 saat dah tak tau sapa yang buat hal.  Macam manalah penulis skrip boleh terfikir buat plot gini ntahlah.  Dah kena rewind.  Mula menonton ammi terfikir yang si Luke ni sebenarnya berimaginasi atau berhalusinasi.

Kisah seorang lelaki misteri Luke Anthony (Mamoothy) mengalami kemalangan jalan raya & datang ke balai polis membuat laporan tentang isterinya Sophie yang hilang.  Selepas beberapa hari dan memandangkan tiada mayat atau bukti fizikal Sophie ditemui, polis menganggap Sophie dah jadi mangsa serangan binatang liar dan pihak polis dan orang kampung mula tak berminat untuk meneruskan pencarian.  Tapi Luke tak bersedia nak dengar perkataan "NO".  Dia mula tinggal di kawasan tersebut untuk mencari isterinya.

Seorang lelaki dia sana Balan menemani Luke bertujuan untuk menjual sebuah banglo yang terbengkalai selepas anaknya Dileep (Asif Ali) yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.  Selepas Luke membeli banglo tersebut dari Balan, Balan pula dijumpai terbunuh didalam semak.  Siapa yang bunuh?

Siapakah Luke Anthony? 


Boleh disimpulkan filem ni adalah filem pembalasan tahap apa dewa.

Luke ni sebenarnya jutawan dari Dubai yang datang ke Kerala untuk balas dendam terhadap apa yang terjadi di Dubai.

Pada mulanya Luke mendakwa isterinya hilang tapi lama kelamaan kita dapat tahu dia dalam misi membalas dendam.  Tapi dendam sebab apa?  Dan dendam pada siapa?



Mammootty.  Pemilik nama asal Muhammad Kutty Panaparambil Ismail.  Baru tau dia ni Islam.  Dan baru juga ammi tau usia dia dah 71 tahun.  Serius????  Dia makan apa sampai nampak umur dia macam baru 50an ni?

Kenapa Luke nak membalas dendam?


Apabila dia sampai ke Kerala dia mendapati keluarga Dileep bahagia, balu Dileep (Sujatha) juga masih sayang & anggap Dileep sebagai suami yg baik, di hati Sujatha Dileep sangat suci & dia tidak tergoda dengan wang ringgit atau apa yang ada pada Luke sekalipun sewaktu Luke cuba nak kahwin dengan Sujatha.

Orang kampung memberi beberapa penghormatan kepada Dileep sebagai seorang yang berjasa kepada orang kampung.  Pada Luke tidak adil seorang perompak mendapat penghormatan sedemikian.

Pendek kata Luke cuba menghapuskan semua prestij yang ada pada nama seorang lelaki bernama Dileep.


Kenapa Luke Kahwin dengan Sujatha?


Ada 2 sebab 
(1) dia rasakan baki 3/4 wang rompakan masih ada sama ada di tangan ibu Dileep atau Sujatha.

(2) Roh Dileep akan marah bila dia menyakiti Sujatha.  Maka dia rancang untuk sakitkan Sujatha.


Kenapa Sita (ibu Dileep) dipenjara? 


Ibu Dileep ditangkap sebab terdapat bukti dia yang membunuh Ashraf, polis yang menjumpai bukti tentang salahlaku Dileep di Dubai.  Masa Ashraf berjumpa Sita dah tentulah maknya tak leh terima hakikat nama baik anaknya akan tercalar jadi Sita pun racunkanlah minuman si Ashraf ni dan dia bersama anaknya tanam mayat Ashraf di belakang rumah.

Di penjara, Sita bunuh diri dan dihujungnya Luke kata Welcome Back.  Pada siapa? Ammi rasa akan ada part 2 kot Rorschach ni.  Macam tergantung dihujungnya.





Post a Comment

8 Comments

  1. uishhh..comlicated tul cita ni...gigih ko layan

    ReplyDelete
  2. byknya watak dlm ceta ni... terbaik akak punya review

    ReplyDelete
  3. Perghh baca sinopsis ammi ni konpom berat ni jalan cite dia.. Memang betul2 kena concentrate hehe... Lama x tgk drama tamil ni.. Last tgk wayang filem tamil ngan bdk2 opis hahaha

    ReplyDelete
  4. ya ampun cerita banyak betul plot twist ya

    ReplyDelete
  5. filem macam ni tengok dua kali baru faham. huhu

    ReplyDelete
  6. Tengok poster pun tahu citernya macam thrill. Kisah membalas dendam tu yang buat penonton rajin tengok sampai habis.

    ReplyDelete
  7. Adoi.. Terus Sha cari lepas baca review Ammi ini.. Mnearik betul.. Poster dia pun ohsem..

    ReplyDelete