Khamis lepas (24.11.2022) anak-anak ada sambutan majlis hari kanak-kanak di sekolah dengan temanya "Flora & Fauna".  

Dapat tau tentang event tu ammi pun orderlah baju bertemakan flora dari Shopee.  Selalunya walaupun dari China dalam seminggu dah sampai...tapi kalini haukkkk.


Kononnya nak bagi anak-anak pakai baju pokok gini.  


Tunggu punya tunggu hingga hari kejadian baju tak sampai.  Balik kerja hari Rabu tu ajak abah gi cari baju santai-santai jelah yang mengikut tema.  Rasa kesian pulak kalau tiba-tiba dorang kena pakai uniform je.

Pergi ke kedai Pakaian Hari-Hari jelah... beli baju belas-belas ringgit je sudah.  Cari punya cari ini jelah yang ada.  Baju yang Ozil pakai tu pun size S...kecik cenonet je.  Belasahlah anak-anak.  Janji masuk dengan tema.



Ammi  balik kerja petang 24.11.2022 tengok kat depan pagar ada parcel.  Hahahahhaha dah berlangsung majlis baru barang sampai.  

Laju je si kecik ni test baju yang tak ada rezeki dia nak pakai kat sekolah.


Dah si Ozil ni cakap...Boleh tak nak pakai baju ni solat kat surau bawah.  Ehhhhh kamu dah kenapa?


Ok...nikmatilah pakai baju ni sekejap.  Kejap lagi ammi nak masuk dalam plastik semula.  Entah ada rezeki nak pakai baju ni lain kali atau pun tidak.  Mudah-mudahan tahun depan masuk sekolah baru tema dia adalah yang berkaitan flora fauna juga.  Ahakssss

Betullah tu....kita hanya merancang Allah yang menentukan.