Kalau kat Facebook tu adalah beberapa group yang ammi join.  Bukanlah ahli aktif yang rajin post status jauh sekali nak post komen.  Ammi biasanya baca dan scroll.  

Tau-tau dapat notification kat jadi top fan kat Negeri Sembilan kini.


Camna dia kata "because you actively engaged with them".  Setakat scroll and baca tanpa sebarang like, comment tu camna dorang boleh detect ye?  Confuse gegirl.

Tapi takpelah..saya terimalah penganugerahan Top Fan walaupun saya adalah fan yang sendu, yang kedekut like and share, yang malas jari nak menaip komen. 

Banyak group yang dulu aktif kini dah takde.  Dan tiba-tiba keluar post yang XXX sungguh.  Terus auto unfollow.  Risau.