Bulan September adalah bulan Matematik & Sains sekolah anak-anak ammi.  Sekolah lain pun sama juga kot.  Dua bujang ni pun joinlah segala aktiviti yang cikgu anjurkan.  Berani nak kata taknak masuk? Jangan makan malam nanti.  hohohoh..kejam mak korangkan?

Yelah, bukan suruh pegi cangkul tanah or panjat gunung pun.  Join program or quiz yang cikgu buat je pun.

Dan hari Khamis minggu lepas tengoklah kat Facebook sekolah anak ammi.  Cikgu upload gambar penyampaian hadiah.  Sekali imbas macam anak ammi, dua kali imbas ehhhhh confirm anak bongsuku.  




Balik sekolah ini je yang dia bawak balik.  Bila tanya mana pembalut sebab ammi pun nak gak tengok dia ni menang untuk apa?

Sekali katanya "barang ni semua dalam pencil box, tapi kawan Alip nak pencil box tu sebab dia tak menang hadiah.  Alip bagi je".  Hahahhah boleh ye gitu?



Khilfi pun dapat juga sebenarnya.  Tapi dia tak hadir hari Khamis tu sebab dia nak fokus kat subject Sirah untuk periksa UPSRA petang Khamis tu.  Hari Jumaat baru cikgu serahkan hadiah ni kat dia.

Ok...good job my sons.


Ini pulak hadiah dari Ustazah Khalif.  Agak besar jamnya untuk Khalif tapi dia happy je dapat hadiah.  Dapat hadiah sebab dia hafal semua 5 surah lazim yang Ustazah soal masa Kem Bestari Solat.  

Dah menang tu pastu terus excited masa abahnya jemput kat sekolah.  Dia kata lepas ni dia nak hafal surah panjang-panjang lagi.  

Abah:  Alip nak hafal sebab apa?
Alip:  Nanti ustazah bagi hadiah lagi.
Abah:  Salah tu.  Alip kena hafal sebab Allah.  Untuk Alip ingat sampai Alip meninggal nanti.  Bukan sebab hadiah.
Alip:  Tapi ustazah kata sapa yang hafal lagi banyak nanti ustazah bagi hadiah.
Abah:  Yelah..hafal tapi kena ingat sampai bila-bila.

Susahkan nak explain kat anak umur camni.  Hafal jelah demi "hadiahmu" itu.  Semoga semua hafalan itu kekal diingatan dan lancar dilidah dan dibibirmu.  Aaaminnn.