Lunch di Lamb Shepherd

Hari Sabtu lepas memang hari lemau sungguh.

Lepas Subuh, mengaji satu muka je pastu punyalah mengantuk tahap apa ntah.  Baca tafsir pun sampai level tak faham apa yang dibaca.  Macam ko baca tapi ko blur.  Ammi cakap ngan abah minta dia pergi cari sarapan kat luar, ammi nak tidur.  

Cuaca pun memang memanggil-manggil sangat.  Sejuk, mendung je.  

Ammi bangun pukul 11 pagi sebab terkejut dengar bunyi kuat.  Abah pun bantai naik katil jugak rupanya siap berdengkur macam bunyi motor boat.  Tanjat ammi tau.  Ammi keluar bilik tengok anak-anak tengah tengok TV siap berselimut kat hall.  Bila tanya dah sarapan ke, katanya dorang makan roti letak peanut butter.  Mujur pandai bawak diri budak-budak ni.  Sorrylah ye anak-anak...ammi mengantuk diluar kawalan.

Buatkan mi segera jelah..seronoklah hati budak-budak ni bila ammi offer makan maggi.  Dan dah alang-alang pukul 11 abah tak ke pasar mulalah naik tinggi tanduk kat kepala ammi.  Suggest kat abah untuk kita makan kat luar je lepas zohor.  Settle sarapan manja-manja, kemas-kemas rumah, mop bagai dan jomlah mandi bersiap.  


Tekak teringin nak makan Chinese food...dah dalam kereta baru sibuk cari kat google.  Sudahnya sampailah kami disini.  Lamb Shepherd Restaurant yang terletak kat Jalan Genting Klang, Desa Setapak.  Boleh tahan jam jalan nak ke situ..tapi mujur juga dah sarapan lite-lite.

Sampai situ lebih kurang dekat pukul 3pm.  Masih penuh lagi kedainya.

Abah kata sorang pilih 1 menu.  Baik bos.


Pilihan Khilfi - Braised Eggplant (RM15).
Agak oily tapi sedap rasanya.


Pilihan Ozil - Fried Pine Nut & Corn (RM18).
Kan dah cakap dia ni hantu jagung...


Pilihan Abah - Fried Sliced Beef with Mushroom (RM26)


Pilihan Ammi - Boiled Fish with Chilli (RM30) size S.
Pilihan yang salah sebab super oily...kuah tu macam minyak semata.

Ikan dia lembut dan kat dalam tu ada oyster mushroom dan black fungus juga.


Pilihan Ammi untuk Ozil
Xihu Beef Soup (RM18) size regular.  

Texture agak watery...tak pekat macam shark fin soup tu tapi sedap je rasanya.


Pilihan Nafsu Ammi
Dumplings (RM16).

Punyalah banyak...ingatkan dapat 7-8 ketul je macam kedai-kedai lain.  


Penuh meja...macam kebulur sungguh bila buat pesanan.

Ternyata walaupun abah kata sorang pilih satu menu...tapi perempuan mana pernah cukup dengan 1 dan perempuan tidak akan pernah salah walaupun yang dia order tu minyak meladung.  Ahakssss.

Ada yang sedap...ada yang so-so.  What I would say... they are generous with the portion.  

Terpaksa minta dia tapaukan mana yang tak habis dan dia bungkuskan pun dalam container yang transparent tu..kemaslah jadinya.

Untuk air ammi ambil yang dalam jug..sour plum apa ntah lupa pulak.  RM10 harganya.  Sedap di tekak ammi tapi anak-anak tak suka.  Dan sebagai ibu yang kejam....ammi dah order satu jug...minum je jangan banyak bunyik!!

Nasi RM2.50 satu.. dan total bill kami RM163.50.  Ok kan?  Kedai ni cuma terima cash dan transfer je.  Tak ada e-wallet payment, tak terima card debit / credit.    

Masa membayar tu cashier (macam orang dari China tapi Muslim) dia tanya "is this your first visit?"... bila abah angguk...katanya no wonder sebab dia kata orang selalu ambik yang jenis lain untuk ikan (instead of yang jenis boiled tu).  Dan kitorang ambil size regular..patutnya size small pun dah cukup.  Manalah nak tau...ingatkan size ala-ala kedai tomyam yang size 2 orang makan pun macam dapat 3 sudu je. 

Bila dah terpaksa bawa balik makanya malam pun ko hadaplah juga lauk yang sama.  Lagipun tak berapa nak lapar sangat sebab settle lunch pun dah nak ke pukul 4 kan.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tu diaaa.. penuh meja. Tapi tak apa, boleh bungkus mana tak habis utk dinner. Kalau tak makan masa dinner, boleh makan bila2 tu, Ammi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kalau sikit bakinya bolehlah tutup mata..tapi banyak. sayang je kalau buang gitu

      Delete
  2. meriah menu kann...tak pe la, next time tau dah

    ReplyDelete
  3. tengok nama resto ingatkan makanan western. takpelah pas ni tau dah mana sedap, mana tak yah order dah

    ReplyDelete
  4. Luar biasa menunya. Kiranya saya tidak pernah pesan makanan yang Ammi pesan kecuali ladu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ladu tu apa? kalau makanan punjabi ladoo ammi taulah

      Delete
  5. hah penuh meja...biasa kita tanya kalo sbut small, medium tu sbb nk agak2 brp bole mkn..ni mmg byk tu...xpe bole tapau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tu..taktau lah pulak portion dia besau

      Delete
  6. Memang nampak banyak portionnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...portion R dia macam boleh makan utk 6-7 orang

      Delete