12 tahun perjalanan kamu

Alhamdulillah Allah izinkan Abah & Ammi untuk bersama dengan anak ini buat tahun ke-12.  Kami namakan dia Khilfi Syahmi.  Khilfi bermaksud pengganti.  Kenapa pengganti?  Sebab sebelum adanya Kyra dan Khilfi... telah ada 2 lagi anak yang tidak berjaya tamatkan 40 minggu mereka di dalam rahim Ammi.  

Ammi tekad masa keguguran yang pertama untuk namakan anak lelaki akan datang sekiranya ada dengan nama Khilfi.  Alhamdulillah diperkenankan Allah. 


23.06.2010 pada minggu ke 41 kehamilan, tepat jam 3.03 petang lahirlah anak lelaki seberat 3kg melalui kaedah ceaserean.

Sedari dalam kandungan doctor "classify" Khilfi sebagai petite baby sebab size dia kecik.  Nampak tu...lahir 41 minggu, panjang cuma 49cm dan berat cuma 3kg ngam-ngam.


Geram je tengok muka dia waktu ni...


Bekas bibik kakak ipar ammi yang pakaikan dia tudung... "Comel banget ni mandak", katanya.


Kasut pertama awak...


Main pasir pertama awak.. memang main sungguh-sungguh sampai dalam mulut penuh dengan pasir.  Ammi rasa sebab tu bila dah besar ni awak tembam...awak banyak makan pasir masa kecik.  Ahakss



Excited ammi tempah kopiah tu tulis nama awak tau...


Ni muka mintak penampau...


Ye...awak pernah cerah.  Awak bukanlah lahir-lahir je terus gelap gelita macam sekarang ni.  Awak ada lesung pipit juga yang sekarang hilang disebalik pipi tembam itu.


Awak pernah comel..
Awak pernah ada peminat perempuan masa kat tadika dulu.  Awak pernah dapat surat cinta tau.  Awak ingat lagi girl nama Raudah?



Awak selalu tanya...kenapa kakak tinggi macam galah?
Ammi pun tiada jawapan untuk itu...Allah pilih kakak untuk tinggi dan Allah pilih awak untuk comel.


Yang paling selalu buat ammi naik gila kat rumah.
Yang paling selalu sakat kakak & adik.
Yang paling selalu kena rotan dengan ammi.


Tapi awak seorang je yang setiap malam akan datang peluk cium dan minta maaf dari ammi sebelum tidur.
Awak seorang je yang rajin letak lotion kat kaki ammi walaupun tanpa diminta.  
Dan awak seorang je yang rajin offer diri untuk urut kaki Abah & Ammi.  I appreciate your magical touch Abang.


12 sudah usia kamu harini.

Tahun depan ammi tak pasti... akan ada lagikah ciuman dan pelukan setiap malam sekiranya abang layak masuk ke asrama.  Mesti ammi akan rindu moment peluk cium ni nanti.

Ammi marah tanda ammi sayang...
Ammi bebel tanda ammi nak yang terbaik...
Ammi merajuk tanda ammi nak abang berfikir dan muhasabah diri..

KHILFI SYAHMI .... Membesarlah jadi anak yang soleh.

Post a Comment

18 Comments

  1. Happy birthday buat Khilfi Syahmi.... comel sangat dari bayi sampai besar ni. Lesung pipit dia tu yang geram tu kak oi, sekolah menengah nanti tinggi lah awak tu ye, jeles lah tu tengok kakak dia tinggi melangit

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan harapan gitulah..kalau ikut baka ammi habislah awak....rendang je nanti

      Delete
  2. SANAH HELWAH KHILFI SYAHMI ... SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN KEBANGGAAN KELUARGA ...AMINNNN

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Khifi.. moga menjadi anak yang soleh.. kecik-kecik baby dah tersenyum yaaa

    ReplyDelete
  4. ala ala..sweet entry..happy birthday Khilfi..moga jadi anak yg soleh, berjaya di dunia & akhirat...aamiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnnn insyaallah...kenalah sweet sbb ammi asyik marah dia je selalu

      Delete
  5. Semuga menjadi anak yang soleh ya khilfi syahmi. Masa kecik cute

    ReplyDelete
  6. Aamiin. Teruskan kebaikkan² itu ya anak soleh.

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Khifli Syahmi. Moga sentiasa sihat, berjaya dunia dan akhirat.
    Tak dapat bayangkan macamana kalau berpisah masuk asrama. Anak-anak saya selepas SPM barulah berpisah, dan sehinggalah masuk ke universiti, seterusnya kahwin. Barulah saya sedar, alangkah singkatnya waktu ketika bersama mereka dari usia lahir sehinggalah remaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnnn insyaallah
      kalau ikut hati mmg taknak anak masuk asrama awal-awal. Tapi keadaan persekitaran di kejiranan ammi ni buatkan ammi risau kalau tak masukkan dia dalam asrama. Sebab bukan sepanjang masa kita boleh pantau dia.

      Delete
  8. Nanti besar dia kurus balik, confirm hensem ni Ammi :) Sekarang ni fasa bam-bam, takpe comel 🤩
    Anyway happy birthday Khilfi dear, moga sentiasa jadi penyejuk mata keluarga aamin.

    ReplyDelete
  9. Amin2... Semoga patuh ibu bapa

    ReplyDelete