Raya ke-3 (Rabu) kami dah balik ke Seremban semula dari Melaka.  Balik terus je abah bawak baju-baju kotor ke dobi.  Tak kuasa dah ammi nak hadap basuh baju.  Mesin basuh kat rumah arwah mama ni kecik jadi berapa round ntah nak membasuhnya.  Hantar gi laundry je senang.

Esoknya (Khamis)... pepagi lepas Subuh ammi mulakan aktiviti melipat kain baju.  Semalam sedap je tidur awal sebab letih kot.  Lepas habis melipat, dengan tak mandinya kitorang gi sarapan pastu terus je ke kubur.  Memang dah plan nak gi membersihkan kubur arwah aca (ayah) & mimi (adik) ammi.

Settle makan teruslah kami ke Makam Tuan Haji Said yang terletak di Jalan Haji Said Seremban.  Besar jasa Tuan Haji Said ni dizaman dahulu.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Assalamualaikum Ya Ahli Kubur


Mula-mula bersihkan kubur aca dulu dan kubur jiran aca ni.  Cabut, potong rumput semua tengok tanah agak mendap.  Lagipun tempatnya di lereng jadi lagi senanglah mendap


Settle kubur aca kita bersihkan kubur mimi pulak.  


Kubur mimi lagi teruk mendapnya

Dah settle bab rumput semua tu...keluarlah jap dari kawasan kubur tu pergi cari nursery berhampiran.  Beli 20 kampit tanah dan batu pastu ke kubur semula.

Boleh tahan hongeh nak membawa kampit-kampit tanah tu naik ke kubur aca sebab kene mendaki sikit.  



Nak cuci kubur ni tapi jauhlah pulak tempat paip air...




Kyra siap cakap...

"Mutica dengan MakLang share tau batu ni"..

Pastu ammi cakap... kalau Mutica boleh bersuara mesti mutica cakap "give more stones to Mimi"...

Lepas settle kubur aca & mimi ammi gerak ke kawasan perkuburan arwah mama pulak di Ainsdale.  Sedih je rasa bila kepok masih belum dipasang habis.  Pasang ala kadar je itupun selepas 2-3 kali abang ipar ammi naik turun kat Majlis Bandaraya Seremban tu.  Duit tu awal je kitorang dah bayar...dari sebulan ke sebulan tangguhnya.  Kita tanam pokok dicabutnya, dengan rata serata-ratanya kubur mama tu.  Sedihhhhh wei tengok.

Harap-harap dapatlah pihak MBS ni segerakan pemasangan kepok seperti yang dijanjikan.  Masalah kontraktor yang dapat tender tu korang settlelah cepat2.