Ammi jumpa ni kat Facebook....dan pernahlah nampak orang yang kat belakang tengkuk, kat leher tu macam berkerak je. Kebiasaannya kesan ni nampak di leher mereka-mereka yang berbadan "comel". Geram pulak nengoknya.  Rasa nak menyental je guna berus sabut.  

Teringat masa kecik dulu kalau main dengan kawan-kawan tak pakai selipar pastu balik kaki kepam dan arwah mama nampak...perghhhhh siaplah mama yang volunteer mandikan pastu ko tadah je kaki dan badan ko kena berus ngan mama.  Mama tonyoh level paling max dek marah + geram sebab anak yang "béga" ni tak dengar cakap.  Pastu masa mama tonyoh jangan berangan nak menggelintin sakit, geli bagai...memang kena cubit 360 darjah nanti.  

Rupanya itu bukan daki sebab mandi tak bersih uolllsss..itu TANDA AWAL bahawa kamu bakal ada pendamping atau sudah didampingi.

Tanda awal kencing manis, daki

Haaaa... cuba check leher memasing.  

Pastu kurangkan pengambilan gula dalam minuman, makanan, jajan sebab korang semua kan manis-manis belaka.

Pesanan khidmat masyarakat ini dari Ammi buat rakan-rakan yang dikasihi.