Mujur haritu ammi baru clearkan tong sampah dalam bilik.  Jadi agak clearlah nampak apa isi kandungannya selepas itu.

Ada satu pagi, ammi tengah nak bersiap baru nak buang cotton pad lepas sapu toner kat muka tengok dalam tong sampah ada sehelai kertas berharga ni.  Ishhhh dah tau dah sapa punya kerja.

duit koyak

Walaupun seringgit tetapi tetap bernilai.  Sedap kamu je gi campak duit ni ye.

Bila ammi buat-buat tanya...

Ammi:  Abang, Ozil.....siapa yang buang duit dalam tong sampah?
Ozil:  Alip yang buang ammi.  Duit tu dah koyak.
Ammi:  Ehhhhhhh...lain kali duit tak boleh buang macam ni.  Kita boleh tukar kat bank.
Ozil:  Alip selalu je buang kalau koyak.

Huwaaaaaaaaaaaaaa...


Terus explain kat dia..duit tak boleh buang suka-suka hati.  Ada orang duit 20 sen pun takde.  Nak makan pun takda duit.  

Harap-harap dia fahamlah apa ertinya duit.  Itu bukan sekadar kertas.



Selalu je buang tu ngeri sungguh mendengar.  Kotlah ada terbuang duit sepuluh ringgit ke memang rezeki jelah sapa yang dapat.