Dalam posting ammi semalam, ammi ada mention tentang béga.  Kalau orang Negeri Sembilan confirmlah tau.. tapi bagi yang jarang dengar pertuturan dalam dialek Negeri Sembilan ni mesti susah nak faham apa itu béga.

Beqa
(Ini jenamo tuan-tuan...takdo kono-mengono ngan topik kito haghini)


Béga disebut dengan menggunakan e-taling.  E-taling ni apa pulak?

Cara sebutan e ni boleh terbahagi kepada 2.  Satu menggunakan e-taling dan satu lagi e-pepet (jangan salah sebut ye kawan-kawan).  Teringat masa kat U dulu.. lecturer tulis perkataan e-pepet kat white board laju je kitorang baca sebagai "pépét" dan lecturer tu cakap "saya disini bukan nak mengajar kamu semua mencarut ye saudara saudari".


Apa itu e-taling 

e-taling ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti EKOR, ENAK, TENGOK, SEPET, CEREK, SERET, ESOK, LEMPAR


Apa itu e-pepet

e-pepet pula ialah e yang digunakan untuk mengeja perkataan seperti BERAS, BERUK, CERUK, KERTAS, KEMAS, EMAK, EMAS, LEMBU, LEMBIK


Jadi berbalik semula kita pada perkataan béga ni..


Apa itu béga?

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4

Kata

Takrif

bega I

(béga); berbega, membega berkeliling (berjalan, terbang, dll); begar.

bega II

(béga); membega membidik, mengacu, mengarah.

bega III

(béga) NS; membegakan memperlihatkan sbg keterangan: perkataan ini terbit drpd ibarat tangkai padi, yg langgak atau kelihatan, maka yg itulah saja dituai yakni dibegakan;membega, membega-bega menggerakgerakkan atau membetul-betulkan bahagianbahagian sesuatu mesin dll supaya berjalan dgn baik.




Manakala béga  yang ammi gunakan semalam merujuk kepada dialek Negeri Sembilan.

Menurut dialek Negeri Sembilan

Entri

Makna

Ayat Dialek

Maksud Ayat

bega

degil, tidak mendengar nasihat, baning.

Bega boto budak ni, tak donga cakap orang.

Degil betul budak ini, tidak mahu mendengar nasihat orang.