Kali ni kita bagi Poppy pulak enterframe kat blog ni ye.

Sabtu lepas, selepas beberapa kali bertangguh akhirnya kami bawa juga kucing yang seekor lagi ni pergi vaksin pertama kali.  Yang ni kucing betina dan memang adik beradik dengan Garfield.  Memula ingat lain-lain mak sebab sekor hitam sekor oren..tp semakin anak dara si Poppy ni baru nampak ada kemunculan bulu-bulu oren kat badan dia.


Seibu, sebapa, seperut tapi sekor oren sekor hitam.  Sekor gemuk sekor alahai keding.  Patutnya awal bulan 3 haritu dah divaksin sekali dengan si Garfield adiknya..tp dia ni gedik sikit.  Suka hilang-hilang dari rumah...kesudahannya lambatlah gi vaksin.

Lawa pulak mata dia...macam pakai celak & eyeliner.


Ozil cakap "Allah dengar doa Alip, sebab tu Alip dapat bela kucing-kucing ni".

Yelah nak...kalau Ucu awak boleh bawak kucing-kucing ni lepas pindah rumah baru...takde maknanya dapat bela-bela kucing ni.  Terima kasihlah kat Ucu tu.  

Berat si Poppy ni pada 1.4.2023 baru 2.7kg.  Insyaallah....hari Sabtu depan ammi dah book untuk mandulkan dia.  Risau ammi dia ni beranak pinak nanti...sapa nak jaga ooiiii.  Makanan dorang ni bukannya murah.


Kalau si Garfield port kegemarannya depan pintu bilik ammi...si Poppy port dia dalam stadium BayBlade anak-anak.  Dia tak kira...kalau dia nak landing, budak-budak tengah golekkan bayblade pun dia terjah je stadium tu.  

Semoga selepas dimandulkan nanti awak tak menggelintin nak keluar rumah tiap kali pintu dibuka ye.  Lepas ni kalau picit ammi kuat sikit...jangan nak picit2 manja je.  Faham?