Hari Khamis haritu masa memula naik bus tu punyalah mengantuk mata ni. Tapi sebab ammi ada target zikir harian, kita tahan sikit mata tu sampai ke toll.
Sekali masuk je toll, eh apsal dah tersengguk-sengguk je bus ni.
Buka waze, hambik ko merah. Ada kemalangan yang melibatkan bus kata pengguna waze. Ammi dok layan komen-komen wazers ni pepagi dah nak tergelak. Korang ni kelakarlah. Dan ehhh tetiba mata dah jadi tak mengantuk pulak. Alahaiii baru plan nak tidur lepas masuk tol.
Total perjalanan ammi pagi Khamis tu 2 jam 15 minit dari Seremban ke KL. Pukul 8.40 pagi baru sampai dalam keadaan yang perut lapar berkeriuk-keriuk dari sebelum tol Sungai Besi lagi. Eh melampau pulak perut ni pagi ni.
Sejak lepas Ramadhan ammi belum pernah bersarapan di office sebenarnya. Ammi nak keeplah momentum tak makan pagi tu kononnya sekali Khamis adalah hari gagal ammi.
Lapar boleh je makan makanan tak berat sangat. Tapi gigih betul seketul Sharmila ni beratur gi beli nasi lemak + sambal paru + telur mata. Hambooiiii, dia punya heavy breakfast macam lepas makan nak pergi membajak sawah pulak.
Sampai ke petang tangan ni tak hilang bau belacan.
9 Comments
hehehehe...sambal paru sedap juga....takpe.. ada rezeki kita makan...
ReplyDeleteKalau tak puasa memang perut ni auto lapar pagi-pagi.
ReplyDeleteMasih ada selera itu, makan je Ammi (hahaha, sempat mengusik). Selamat hari raya tau, moga sihat selalu.
ReplyDeleteAlaaaa...rindu la kita nasi lemak Kak Ton tu..lama dah x makan...dari tahun lepas kot....acaner ni erk...sambal paru dia sodap...
ReplyDeleteJangan sabun tangan tu... biarkan bau belacan!
ReplyDeletetanjat kite ingatkan ammi pegi bajak sawah kat mana hehe
ReplyDeleteTakpelah juga, Ammi dah hadap >2 hrs journey, jalan kaki ke ofis lagi ... Kita yg jalan kaki keluar masuk rumah je ni pun taknak kalah ye, nasi lemak + sambal sotong + telur mata ye 😅
ReplyDeletesedap tu nasi lemak sambal paru...
ReplyDeleteAla, sekali-sekala takpe, Ammi, makan je.
ReplyDelete