Ammi dan senget sangat tak boleh dipisahkan.  Bila  menulis senget, bila jalan kadang-kadang senget, menjahit selalu senget. 

Bela anak bulu pun dapat anak bulu yang senget.  Hadoooooilah.


Ahakss.

17.3.2025, adalah minggu badan beruniform.  Murid perlu pakai uniform unit pada hari Isnin.  Mula-mula macam malas nak belikan untuk Alip tapi hari Sabtu tu ammi decide kita beli jelah.  Ini anak bongsu weiii.  Kakak dulu ada je uniform Tunas Puteri, abang pun ada uniform Kadet Remaja.  Takkan yang bongsu ni tak ada.

Pergi kedai legend kat Jalan Lee Sam tu, dan cakap je dengan uncle tu.  Mau cari baju pengakap.  Ok...semua dia siapkan.  Dia tanya, sekolah mana?  Bila ammi cakap nama sekolah dia pun oooooo ini Selemban Timur.  



Dia siap tunjuk buku ni.. "nanti lu jahit ini macam.  Ini taruk kanan, ini kiri, ini nama negeri sebelah tangan kanan, ini atas, kasi ukur satu jari ini taruk bawah"... oh baik uncle.



Sekali bila ko jahit eh senget pulak.  Padahal ammi dan pin kan kiri dan kanan.  Sekali masa dah siap jahit ehhhh kenapa ko senget?  Malas nak buka, biarkan jelah.


Sekali ko jahit nametag pun senget juga.  Ehhhh ko dah kenapa ni Sharmila?  Senget sungguh otakmu dari muda sampai ke tua.  Tapi dah jahit kita consider muktamad jelah.  Dah tak kuasa nak tetas jahit semula.  Maaflah anak...ammi mu tiada kerajinan dan kesabaran.  Itu milik ibu orang lain kot.

Esoknya ammi cakap kat abah, sebelum gi sekolah ambil gambar tau.  Yelah, kita pukul 6.20 pagi dah duduk dalam bus.  Tak sempat nak siapkan anak.


Bolehlah tu.  Takdelah nampak senget sangat.  Ahakssss "nak sedapkan hati sendiri".


Dalam tengahari ammi tengok cikgu dah upload gambar perbarisan di Facebook.  Sekali tengok dari tepi dah tau itu anakku.  Tapi kenapa cikgu tu gelak sambil berdiri disebelah anak saya?  Cikguuuuu takkan saya jahit senget cikgu nak gelak kat saya?


Itu confirm anak saya.

Rupa-rupanya, yang sebelah kanan tu patutnya SEREMBAN BARAT.  Uncle tu confident bagi ammi SEREMBAN TIMUR.  Tapi Khalif kata cikgu ok je.  Cikgu kata tak perlu tukar.