Dah hampir 3 hari ammi demam since Khamis tapi semalam yang paling teruklah rasanya.  Setiap 4 jam ammi menggigil sejuk pakej dengan sakit kepala, sakit badan, lenguh kaki bagai.  Makan ubat pastu berpeluh macam baru lepas jogging pastu karang sejuk balik.  Tak faham betul.

Abah ada kerja di Shah Alam sampai malam ni (time bini sakitlah pulak dia kena outstationkan). Malam semalam ammi mintak along ammi bawak Alip gi dinner.  Ammi nak panaskan lauk pun rasa tak larat. Ammi makan roti pastu minum air suam je sebab tak lalu betul tekak ni. Telan pun sebab taknak perut kosong.

Pagi tadi bangun pun macam masih dedar lagi. Lepas Subuh, makan roti makan ubat pastu baring jap.  Cakap ngan Alip kalau lapar makan roti dengan peanut butter. 

Dalam pukul 10 ammi terjaga dari tidur dengan lencunnya baju dek peluh. Rasa macam dah ada tenaga.  Kita defrost ayam, ambil penyapu dan sapulah rumah. Bila rumah ada anak bulus ni macam2 aktiviti dorang ni. 

Dalam fridge ada je lauk hari Khamis yang ammi masak, tapi lauk tu pedas. Biar jelah lauk tu bertapa kat situ. Kita masak lain yg simple-simple.


Ammi tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam.  Tumis sikit masukkan ayam biar kecut sendiri pastu tambah sos tiram, perasa, minyak bijan, daun sup.  Done.  Masak apa ntahlah namanya ni.  Janji Alip kata sedap, Ammi rasa pahit je.

Buat kacang buncis pecah telur favourite Alip dan selesai.  

Alhamdulillah harini last makan ubat pagi tadi je.  Harap2 eloklah demam ni.