Biasa orang kata tangan gatal nak dapat duit.

Ni hari Khamis lepas ammi gatal tangan gi godek blog...pastu ko jam sebab ada benda hilang.

Ammi ni sebenarnya nak guna template yang boleh archive blog.  Ni sekarang ni gini kalau ammi guna widget 'Blog Archive'.  Takkanlah setahun cuma 40 je posting ammi.  Penat ammi menceceh.  Kalau guna yang hierarchy tu nampaklah yang setahun punya tapi semaklah pulak sebab dia keluar yang setiap bulan punya.  Tak boleh hide arrow.


Memula ingat, takpelah.  Kita lupakan jelah.  Sekali bila kat tempat blogwalking tu whoaaaaaa....semua blog yang ammi follow and BW hilang.  Kena up satu-satu balik.   Malas pulak nak cari apa puncanya.  Rasa macam berpinar pulak mata nak tengok HTML code tu.


Ni namanya tak ada kerja cari kerja....sudahnya terlebih kerja.  Kalau ammi lambat nak BW tu harap maklum jelah ye.  Kita tak jumpa jalan pulang ni.