Last ammi tengok wayang tahun 2019 rasanya.  Cerita Avengers: Endgame.  Lepas tu ammi suka bagi anak-anak menonton dengan sepupunya pastu ammi gunakan masa tu untuk "me time".  Gi gunting rambut ke, urut ke, pedicure ke.  Sehinggalah Covid datang tanpa diundang.

Kali ni untuk cerita Mat Kilau ammi tonton sekali.  Dah digembar-gemburkan kata best makanya ammi pun join sekali.  


Abah tak dapat join sebab terlibat dalam aktiviti korban.  Dah alang-alang raya kat KL...apa je aktiviti nak buat.

Ammi ni asalnya nak ke IOI Putrajaya sebab kat situ banyak sikit pilihan restaurant.  Tapi tengok seat panggung semuanya pack.  Yang ada pun yang barisan 2 kat depan.  Ishhhh.

Pastu fikir..kalau dalam panggung disetiap masa tayangan dah full...kat luar apatah lagi.  Mesti mengemut-ngemut manusia.  So, tukar venue...kita pergi The Mines jelah, dapatlah seat yang cun.  10-15 minit dari rumah.  


Sebelum tayangan kasilah can naik motor ni dulu.


Bunyi bukan main mengaum-ngaum tapi alahaiiiiii peginya menyakitkan hati.  Rasa macam tengah bawak treler 20 tayar pulak beratnya.


Settle "ride" jomlah ke tempat tujuan.  




Dah beli ticket guna apps nak ambil makanan yang dibeli pun guna fastlane je.  Mudah.  Tapi mujur juga ammi gi cepat sebab rasanya 10 minit kemudian lane yang beli online pun dah macam ular kena palu.


Masing-masing terjumpa kawan kelas tapi masing-masing malu.  Ehhhh budak-budak ni.


Ammi nak masuk lewat tapi budak-budak gigih nak masuk awal.  Tapi baguslah orang-orang yang duduk sebaris dengan ammi...masuk terus full.  Jadi takyah sibuk nak bangun-bangun.

Settle tengok wayang, ammi ni silap percaturan.  Ammi gi bawak budak-budak ni makan dulu sebab dah merengek nak sushi.  Patutnya bawak gi solat dulu.  Masa tetengah makan tu menggelupur sebab dah pukul 4.15pm.  Apahal ko Sharmila???? Zuhur tak buat lagi.   Settlekan apa yang ada atas meja tu.  Pastu mencari surau pulak.  Dah settle semua haaaa lega.  

Sebelum balik singgah kat Lotus dulu beli barang keperluan Kyra untuk balik ke hostel esoknya.  Macam biasalah makcik tu, keropok je dah penuh sebakul itu pun ammi tegur-tegur sebab melampau nau banyaknya.  Kalau menyihatkan takpelah juga.

Korang nangis tak tengok cerita Mat Kilau ni?  Ammi nangis di beberapa scene.  Ammi rasa goosebump dan auto nangis.  Mengenangkan perjuangan mereka yang lepas kot.  

Semoga Allah tempatkan roh para pejuang kemerdekaan dikalangan orang-orang yang beriman.