Pagi tadi topik kat dalam radio adalah bajet duit raya.  Eh tiba-tiba tau macam ammi tersuka pulak dengar radio Best FM walaupun DJ dia suara kepit-kepit sikit tapi dia less iklan compared to radio lain.  Dan ada masa-masanya lagu dia perghhhh menggamit zaman remaja ammi.

Pada ammi, pemberian duit raya ni bukanlah satu kewajipan di hari raya tapi amalan ni kita jadikan sebagai perkara yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.  Mana yang tak hulur duit raya tu bukanlah "kedekut"... tapi semua ni bergantung kepada rezeki dan kemampuan masing-masing.

Alhamdulillah setiap tahun kami suami isteri memang ada allocate duit untuk diagihkan pada anak-anak saudara, anak-anak kecil yang datang beraya dan jumlah tu tak tetap.  Bergantung pada keadaan ekonomi semasa keluarga.  Dulu waktu job abah masyuk lebatlah sikit jumlah dalam sampul tapi tahun ni kami decide untuk letak RM2 je dalam setiap sampul.  Tapi berapa sampul setiap budak dapat tu bergantunglah.  Kalau kata kami hulur 2 sampul dapatlah RM4 ye dak.  Untuk anak buah yang dah sekolah menengah tu kita kasi amount lain sikit.  

Duit raya pun ammi tak tukar tahun ni.  Kebetulan duit raya anak-anak tahun-tahun sebelumnya masih belum dimasukkan ke bank jadi ammi tukar je.  Kalau kata ambil 100 keping RM1 dari sampul duit Kyra maka ammi gantilah dengan not besar yang sama nilai.  Lagipun duit-duit tu semua pun baru lagi.  Ini kira duit raya tahun 2019 la kot ye sebab tahun 2020 dan 2021 budak-budak ni banyak dapat duit raya online.  Mana yang ditransfer online tu ammi dah transfer ke dalam akaun masing-masing.  Yang duit cash fizikal ni yang malasnya nak dibank in.

(Photo credit to Google)

Bila bercerita tentang pemberian duit raya, teringat ammi pada arwah makcik Ammi di Banting.  Wak Bah kami panggil.  

Dirumah dia dulu konsep pemberian duit raya tak tetap.  Tak ada sampul duit raya yang dah "pre-filled" tapi dia ada semangkuk besar syiling yang penuh dengan syiling yang pelbagai size.  Arwah makcik ada berniaga sampingan jual aiskrim, keropok, kerepek, dodol depan rumah dulu jadi duit-duit hasil yang dia dapat tu dia masuk je semua dalam balang tu dan masa raya dia guna je duit tu.  

Caranya, mangkuk syiling tu duduknya kat sebelah makcik ammi.  Budak yang salam masa nak balik tu boleh ambil segenggam je syiling dalam mangkuk tu.  Besar tangan, banyaklah dapat.  Kecik tapak tangan nasib kamu le anak.  Masa tu seronok tengok budak-budak lelaki sibuk buat exercise tangan...supaya boleh bukak genggaman besar-besar.  

Seronok juga kan kalau kita buat camni.