Jumaat 2 minggu sudah (24.12.2021), Khilfi drop by ke office ammi sebab dia ada temujanji di UMSC

Abah drop dia sebab abah nak gi solat Jumaat.  Kiranya nanti ammi dan Khilfi naik grab jelah ke UMSC ni.  Sepelaung je dari office ammi.


Khilfi:  Ammi, Ammi kata office Ammi ada swimming pool.  Abang tak nampak pun.

Ammi:  Ada kat atas.

Khilfi:  Office ammi ni 2 tingkat ke? Mana tangga nak naik?

Ammi:  Tak... swimming pool kat tingkat paling atas.  Tingkat 42.

Khilfi:  Nak tengok boleh ke?

Ammi:  Jap lagi sebelum book grab kita gi tengok.  Tapi tengok je, jangan gi terjun pulak.

Khilfi Syahmi


Ewahhhhh...jomlah gi site visit jap.

Ammi pun first time naik ke sini.  Selalu macam tak kuasalah hai.

Boss ammi selalu gak cakap, rasa nak bawak anak hujung minggu bawak je mandi manda tapi ammi yang malas.   

Khilfi Syahmi

Yang rajin mandi kat sini dah tentulah boss.  Setiap Rabu & Jumaat lepas gym di tingkat 40 dia terus naik atas nak swimming pulak.  Kadang-kadang bila dia rasa bosan pun tau-tau dah tukar baju pastu "bye...im going for a swim"... ehhhh.  Tapi nak ehhh mendenya kan...itu office dia ikut suka dialah dia nak buat apa pun.  Janji gaji dan bonus ammi dia bayar on time.