Khilfi ke Jakarta - Part 1

Assalamualaikum...saya kembali semula selepas menghilang.  Rasa macam main nyorok-nyorok pulak lately.  

Kita story tentang perjalanan anak bujang no. 2 ke Jakarta jelah ye harini.  Benda bukan selalu buat jadi kenalah simpan kat sini untuk record.

Hari Isnin 1/6/2026 kami hantar anak bujang ke asrama sebab peserta-peserta perlu buat persediaan terakhir.  Kena pack peralatan, device dan semualah untuk pertandingan group masing-masing.


Team members sedang buat last preparation.  KB, Ajmal & Acap.  KB tu apa nama betul dia pun ammi taktau...KB tu stands for Ketua Batch.  Hahahha...memang melekat gitu je nama kamu nak oii.


Cikgu kongsikan gambar anak-anak di asrama.  Baju yang dia pakai ni baju sukan masa sekolah rendah.  Beli waktu dia darjah 5.  Lama betul baju ni bertahan dan masih boleh dipakai walaupun jahitan di tangan kiri nampak dah tertetas.  Pakai baju sekolah lama senang nak cari kalau hilang katanya.

Hari Selasa kalau ikut jadual asal bus akan bertolak dari MOZAC ke Airport jam 2 petang sebab flight mereka jam 8.30malam.  Tapi terpaksa diawalkan sebab cikgu baru perasan itu hari terakhir selepas cuti panjang dan risau tersangkut dalam heavy traffic.  Jadi jam lebih kurang 11 pagi anak-anak flight ke-2 dah bergerak.  Mana yang naik flight pertama jam 11 pagi, pukul 5.30 pagi dah gerak dari sekolah.


Mana kepala anak ammi pun ammi taktau.

Kami plan nak surprisekan dia di airport.  Asalnya cakap tak dapat nak hantar ke airport sebab abah ada kerja dan ayatnya "its okay".  It's okay kadang-kadang sekadar pengucapan dan it's okay anak nombor 2 kadang-kadang it is not okay.  Saya anak no. 2 saya taulah.  Ahakss

Bila tengok location abang dah lepas Seremban barulah kami keluar rumah.  Singgah lunch dulu then baru ke airport.  Biarlah dia dan team selesaikan apa yang patut.  Dorang pun kena lunch dan solat jamak dulu.

Sampai di airport ammi buat-buat tanya...abang di mana, dah makan ke belum.  Padahal cikgu dah bagi tau anak-anak akan berkumpul di kaunter L untuk check in luggage.

"Boleh ke kakak nak peranjatkan abang?", tanya Kyra masa dia nampak Khilfi tengah berkumpul dengan kengkawan.  Auwww...memang terperanjat si adik, cikgu dengan kawan-kawan abang pun sama terperanjat ahahha.  


Ammi tak sempat nak set video, laju je kakaknya.  Relaxlah kakak, baru sehari tak jumpa adik awak.  Tapi nak buat macam manakan...dorang ni rapat berdua. 


Kitorang tak sempat nak bawak Khilfi gi gunting rambut sebenarnya.  Rambut budak-budak ni jenis lurus jadi bila panjang sikit je huru-hara rupa.  Nak-nak bila masing-masing malas nak guna gel.


Boyfriend ke-3 ammi.  Mata mengantuk je member sebab confirm main game lambat tidur malam tadi.  Yelah, tetiba dapat bawak phone gi sekolah.  Mana maunya budak-budak ni nak lepaskan peluang dari tak main game.  Serabut rambutnya.  

Kami ni taklah tunggu sampai dia ke balai berlepas.  Kita pun risaukan kalau-kalau sangkut kat jam masa balik nanti.  Flight dijangka berlepas pukul 8.35 malam.  

Abah topup duit cash kat dia, pastu kami pun geraklah.  Kot-kotlah nak makan minum kat airport nanti.  Duit ke Jakarta ammi cuma tukar IDR 1,500,000 lebih kurang RM343.50.  Makan, minum, penginapan sepanjang di Jakarta dah termasuk dalam pakej jadi tak risau sangatlah.  Bekalkan duit untuk dia berjalan atau beli kudap-kudap je.  Ammi bekalkan juga kad Wise.  


Flight perginya naik TransNusa dan tau-tau alamak, flight delay pulak.  Kesian jugalah sebenarnya kat anak-anak ni sebab letih kot.  

Abang keluar dari airport di Jakarta menuju ke hotel lebih kurang jam 1.30 pagi waktu Malaysia.  Barai dia macam mana ntah.  Yang bestnya, sampai di bilik kawan sebilik dia yang sampai naik flight pertama tidur tak sedar diri.  Sudahnya Khilfi tidur di mana pun ammi taktau.  Yang Khilfi pun tak cerita apa kat ammi, ammi tau pun sebab mak kawan sebiliknya yang cakap "anak kita tertido mati semalam, kesian Khilfi tak boleh masuk bilik".  Hahhahah...anak kita senyap je wak.

Gitulah hari pertamanya.

Post a Comment

10 Comments

  1. Ala siannya Khilfi mana la dia tdo ya.. Mungkin ada la kot tumpang bilik sape2 kan.. All the best to Khilfi.

    ReplyDelete
  2. Surprise dtg ke airport tu... Alahan sian Khilfi penat smp kwn tido mati plak Ye... Bertambahlah.. Kita p jakarta aritu naik TransNusa juga

    ReplyDelete
  3. sempena pertandingan apa tu Khifli ke Jakarta?? terbaik lah...bukan kaleng2 terpilih ke Jakarta tu.. terbaik

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat peluang wakil sekolah ke negara seberang. Good luck!

    ReplyDelete
  5. Main suprise2 plak mama Kifli ni ya. 😄. Moga happy Kifli di Jkt.

    ReplyDelete
  6. Alahai dugaannya delay plak flight...duhai anak...kenapa la boleh tido mati..sedap ko tido erk sampai x dengar Khilfi ketuk pintu....

    ReplyDelete
  7. sweet jer part buat surprise tu. memang letih bila flight delay!

    ReplyDelete
  8. Terbayang kagetnya khilfi yaaa ternyata 1 keluarga datang melepas 😄😄. Alahaaai, memang susah kalau teman sekamar tidur mati , mau dibuat apapun tak bangun2 🤣🤣. Untunglah masih ada teman lain kan. Kalau tak terpaksa panggil resepsionis utk bantu bukakan pintu

    ReplyDelete
  9. Happy lah Khilf family jumpa dulu sebelum berangkat.
    Mesti letih sangat tu bila flight delay tapi bila dengan kawan hilang rasa penat.

    ReplyDelete
  10. TransNusa ni kalau dari Malaysia mmg selalu delay. Mujur flight kiteorg hari tu delay 10 minit je.

    ReplyDelete