Hari Isnin (1.6.2026) kami ke Melaka sebab nak menghantar pulang anakanda No. 2 ke asrama. Ye, sekolah masih lagi bercuti tapi anak perlu dihantar semula sebab mereka ada misi untuk diselesaikan sebelum berangkat ke Jakarta pada esok hari (2.6.2026).
Lepas je hantar Khilfi, kami terus ke Bukit Rambai. Abah tengok kat TikTok ada seller jual ketam nipah yang masih hidup. Ada udang galah juga. Tak berapa nak dekat dari sekolah Khilfi tapi dah alang-alang tu why not.
Sampai situ, hmmmm taklah besar pun. Kekecik je ketamnya. Besar lagi tapak tangan ammi.
Tapi kami beli juga sebab ketam nipah isinya solid. Tak rugi pun beli. Dia jual 4 ekor RM15.00. Ada sekor ketam tu garang betul. Wehhhhh dia ajak bergaduh eh. Siap kembang-kembang kaki lagi sebab tali yang ikat tu dah terbukak.
Masa beli ketam semua masih hidup lagi. Abah minta seller tu matikan sesiap. Tapi seller tu kata, nak matikan senang je, masukkan je dalam freezer jap matilah dia. Owhhhh gitu je ek. Jadi kita bawak balik yang hidup jelah.
Ada juga dia jual udang galah. Satu piring ni RM20. Ammi taktau mahal ke murah sebab ammi rakyat marhaen...selalu makan udang size kecik je. Ahaks.
Kami beli kerang jugak sekilo dengan harga RM10.00. Kerang size kecik je tapi cukuplah tu untuk abah & Alip makan berdua. Ammi tak makan kerang rebus, kerang bakar bagai. Yang ammi makan cuma kalau kerang tu dah jadi rendang. Itu sahaja.
So, malam tadi lepas balik dari hantar Khilfi di airport ammi pun masaklah ketam tu lelaju. Masak blackpepper je jadi tak perlu bahan yang banyak. Cukup sekadar, minced garlic, crushed blackpepper, oyster sauce, sesame oil, bahan perasa.
Masukkan butter sikit dalam kuali bersama minyak bijan (wangi uolll), tumis minced garlic hingga warna keemasan, masukkan blackpepper yang dah ditumbuk, letak sos tiram, masukkan ketam yang dah dicuci bersih. Masukkan air sikit jika perlu, masukkan perasa tutup sekejap kuali tu, bila ketam dah elok masak, masukkan bancuhan tepung jagung sikit dah siap.
Gini jelah hasilnya. Ammi beriya ketuk jari ketam tu sebelum masak, tapi sebab ketam tu macam masih baby, ala lembutlah pulak kulitnya. Tak pasal-pasal hancur sikit.
Tapi nak juga cari ketam nipah size biasa. Lama dah tak makan. :(

.png)
.png)


0 Comments