Hari Sabtu lepas, lebih kurang pukul 5.10 petang Alip ketuk pintu bilik minta izin nak main dengan kawan. Ammi izinkanlah dan cakap kat dia balik pukul 6 petang. Pastu dia nego...mintak balik pukul 6.30petang dan ammi cakap...plg lewat 6.15 petang.
Dijadikan cerita, lebih kurang pukul 5.40petang camtu, Alip dan kawan-kawannya semua ada kat depan rumah. Kebetulan Ammi tengah goreng kopok lekor dan suruh dia jamu kawan-kawan sekali. Lepas habis makan dia keluar beramai naik basikal dengan kawannya. Kawan dia naik basikal letrik. Basikal dia tinggal je tergolek kat depan porch.
Lebih kurang 10-15 minit kemudian, dia masuk rumah terus berlari masuk bilik air. Ammi ingat dia tak tahan nak buang air. Kawan-kawan kat luar tu macam kekejap panggil "Alip, Alip....oh Alip". Ammi pun cakaplah "alip dalam bilik air". Lama juga kawan-kawannya tunggu tapi tak cakap apa-apa.
Sipi-sipi ammi dengar dari bilik air Alip panggil minta tolong ambilkan tuala. Ehhhh...dia ni. Kawan tunggu kat luar tapi dia dah nak mandi ke camna ni? Next bila kawannya panggil semula ammi cakap "Alip mandi". Dan mereka pun balik.
Lama juga Alip dalam bilik air. Masa dia keluar dari bilik air dan masuk ke bilik dia, ammi terpandang muka dia. Ya Allah, berderau darah ammi. Tuala dia berdarah-darah. Ammi terus "Alippppp, kenapa ni?". Terus terasa longgar sendi-sendi kaki ammi tengok anak macam ni.
Muka berdarah, bahu berdarah, mulut berdarah. Dan dia terus menangis. Menangis antara takut nak cakap dan sakit rasanya tu. Abahnya terus cakap "dah tak perlu nangis, cakap je. Abah tak marah".
Dia bonceng basikal kawannya. Basikal tu memang ada 2 seat. Katanya masa turun bukit, kawan dia masih press handle dan tak tekan brake. Dia langgar je bonggol tu lelaju dan Alip yang dibelakang tercampak ke depan. Entahlah...tak boleh ammi nak bayangkan. Kawannya tu elok je tak jatuh.

.png)
.png)


14 Comments
Allahu... anak lelaki kalau tak melasak mmg bukan anak jantan namanya. Semoga cepat sembuh ye Alip. Semoga dapat fokus dalam UPSA.
ReplyDeleteAllahu, berderau darah baca situasi Ammi. Memang gugur jantung bila tengok anak balik dengan tuala penuh darah macam tu. Nasib baik Alip kuat dan tak ada kecederaan serius atau patah tulang. Semoga luka-luka Alip cepat sembuh, cepat surut bengkak tu, dan semoga dia boleh fokus jawab exam UPSA dengan tenang. Amin
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh..
ReplyDeleteAduhai anak, kita mak² yang tengok pun rasa sakitnya dan pedihnya tu
ReplyDeleteYa Allah, jatuh dari basikal..kecut perut tengok ..kasihan adik Alip..bagus kat rumah ja, tak payah lah jauh2 kawan2..malang tak berbau tu dek..
ReplyDeleteAnak bongsu saya dah masuk Universiti..jika ada anak seumur Alip, risau ..mereka ni nak ja berkawan-kawan kan..
ReplyDeleteAllahu Akbar :(
ReplyDeleteBerderau kita tengok darah² tu . Semoga cepat sembuh Alip
Ya Allah Alip.. nasiblah takde cedera teruk di kepala atau patah ke.. aduii seriau baca tercampak ke depan tu.. moga Alip cepat sihat
ReplyDeleteAnak lelaki kena kuat tapi kalau dah macam ni alahaiiii bertanda juga muka tu. Semuga yang baik-baik buat alip.
ReplyDeleteadoyai ngeri la plak tgk luka byk tmpt tu...shafahullah
ReplyDeletemasa baru luka mmg ngeri nak tgk, tapi kita suka tgk parut dak lelaki cenggini, baru lelaki gitu.
ReplyDeleteharus alip jatuh seperti stuntman gitu. yg bawa beskal semestinya dianboleh control ammi.
Owh..yg ni rupanya..yess kak..Mueez hari tu mcm ni lah, tapi bukan dia yang kena, sebab konon nya dia macam kawan Alip yang bawa beskal tu lah..kena dekat anak orang lain, ya Allah berderau darah kita kak.. risau, anak orang jatuh sebab anak kita..walaupun memang main sama²..memang teruk la anak sendiri kena sekolah dengan Linda..Linda siap stay dengan mangsa dan parents dia dekat hospital...uwaaa, siap pesan dengan mangsa, lepas ni nampak Mueez, jgn dekat² dengan dia.. hahaha..kejam betul mak ni.
ReplyDeleteya allah naaak, naaak.... aunty lihat pun langsung terbayang pedihnya.... semoga cepat sembuh semua luka alif ya kak....
ReplyDeleteAllahuuuu.. tak terbayang camne jatuhnya sampai luka sana sini.
ReplyDeleteharap Alip dah sembuh.