Andai malang itu ada baunya

Hari Sabtu lepas, lebih kurang pukul 5.10 petang Alip ketuk pintu bilik minta izin nak main dengan kawan.  Ammi izinkanlah dan cakap kat dia balik pukul 6 petang.  Pastu dia nego...mintak balik pukul 6.30petang dan ammi cakap...plg lewat 6.15 petang.

Dijadikan cerita, lebih kurang pukul 5.40petang camtu, Alip dan kawan-kawannya semua ada kat depan rumah.  Kebetulan Ammi tengah goreng kopok lekor dan suruh dia jamu kawan-kawan sekali.  Lepas habis makan dia keluar beramai naik basikal dengan kawannya.  Kawan dia naik basikal letrik. Basikal dia tinggal je tergolek kat depan porch.  

Lebih kurang 10-15 minit kemudian, dia masuk rumah terus berlari masuk bilik air.  Ammi ingat dia tak tahan nak buang air.  Kawan-kawan kat luar tu macam kekejap panggil "Alip, Alip....oh Alip".  Ammi pun cakaplah "alip dalam bilik air".  Lama juga kawan-kawannya tunggu tapi tak cakap apa-apa.

Sipi-sipi ammi dengar dari bilik air Alip panggil minta tolong ambilkan tuala.  Ehhhh...dia ni.  Kawan tunggu kat luar tapi dia dah nak mandi ke camna ni?  Next bila kawannya panggil semula ammi cakap "Alip mandi".  Dan mereka pun balik.

Lama juga Alip dalam bilik air.  Masa dia keluar dari bilik air dan masuk ke bilik dia, ammi terpandang muka dia.  Ya Allah, berderau darah ammi.  Tuala dia berdarah-darah.  Ammi terus "Alippppp, kenapa ni?".  Terus terasa longgar sendi-sendi kaki ammi tengok anak macam ni.

Muka berdarah, bahu berdarah, mulut berdarah.  Dan dia terus menangis. Menangis antara takut nak cakap dan sakit rasanya tu.  Abahnya terus cakap "dah tak perlu nangis, cakap je.  Abah tak marah".  

Dia bonceng basikal kawannya.  Basikal tu memang ada 2 seat.  Katanya masa turun bukit, kawan dia masih press handle dan tak tekan brake.  Dia langgar je bonggol tu lelaju dan Alip yang dibelakang tercampak ke depan.  Entahlah...tak boleh ammi nak bayangkan.  Kawannya tu elok je tak jatuh.


Meratalah kena.  Muka, bahu, siku sikit, lutut sikit.  Macam mana cara dia jatuh tu wallahuahlam.


Malam tetaplah juga kita keluar makan dengan muka gitu.  


Pagi Ahad tu boleh tahan bengkak luka yang di bawah mata tu.  Kita tuam dengan ice.  Kita rawat sendiri je kat rumah.  Tak pergi klinik pun sebab check tangan kaki dia semua okay. Takde nampak tanda retak or patah.  Takat luka tu kita cuci jelah sendiri.

Hari Isnin dan Selasa Alip ada exam UPSA.  Dan dia kata dia nak pergi juga ambil periksa.  Diri sendiri kata ok...kita ok jelah.  

Alip oh Alip...semoga tak adalah lagi insiden-insiden berdarah yang tidak diingini.  Ini rasanya kali ke empat dia cedera dan berdarah.

Insiden pertama masa dia setahun lebih.  Berdarah kepala sebab jatuh masa panjat meja makan.

Insiden kedua masa dia bersunat tahun 2022 haritu.  

Insiden ketiga dagu dia terkoyak waktu dalam kelas masa darjah 4.

Ammi tanya dia, pernah tak dengar peribahasa "Malang Tidak Berbau"... dia kata tak pernah uollls.  Ehhhh dia ni.  Dah darjah 6 kot.  Jadi terpaksalah ammi jadi cikgu Bahasa Melayu kat rumah, terangkan maksudnya.

Post a Comment

14 Comments

  1. Allahu... anak lelaki kalau tak melasak mmg bukan anak jantan namanya. Semoga cepat sembuh ye Alip. Semoga dapat fokus dalam UPSA.

    ReplyDelete
  2. Allahu, berderau darah baca situasi Ammi. Memang gugur jantung bila tengok anak balik dengan tuala penuh darah macam tu. Nasib baik Alip kuat dan tak ada kecederaan serius atau patah tulang. Semoga luka-luka Alip cepat sembuh, cepat surut bengkak tu, dan semoga dia boleh fokus jawab exam UPSA dengan tenang. Amin

    ReplyDelete
  3. Aduhai anak, kita mak² yang tengok pun rasa sakitnya dan pedihnya tu

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, jatuh dari basikal..kecut perut tengok ..kasihan adik Alip..bagus kat rumah ja, tak payah lah jauh2 kawan2..malang tak berbau tu dek..

    ReplyDelete
  5. Anak bongsu saya dah masuk Universiti..jika ada anak seumur Alip, risau ..mereka ni nak ja berkawan-kawan kan..

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar :(
    Berderau kita tengok darah² tu . Semoga cepat sembuh Alip

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Alip.. nasiblah takde cedera teruk di kepala atau patah ke.. aduii seriau baca tercampak ke depan tu.. moga Alip cepat sihat

    ReplyDelete
  8. Anak lelaki kena kuat tapi kalau dah macam ni alahaiiii bertanda juga muka tu. Semuga yang baik-baik buat alip.

    ReplyDelete
  9. adoyai ngeri la plak tgk luka byk tmpt tu...shafahullah

    ReplyDelete
  10. masa baru luka mmg ngeri nak tgk, tapi kita suka tgk parut dak lelaki cenggini, baru lelaki gitu.
    harus alip jatuh seperti stuntman gitu. yg bawa beskal semestinya dianboleh control ammi.

    ReplyDelete
  11. Owh..yg ni rupanya..yess kak..Mueez hari tu mcm ni lah, tapi bukan dia yang kena, sebab konon nya dia macam kawan Alip yang bawa beskal tu lah..kena dekat anak orang lain, ya Allah berderau darah kita kak.. risau, anak orang jatuh sebab anak kita..walaupun memang main sama²..memang teruk la anak sendiri kena sekolah dengan Linda..Linda siap stay dengan mangsa dan parents dia dekat hospital...uwaaa, siap pesan dengan mangsa, lepas ni nampak Mueez, jgn dekat² dengan dia.. hahaha..kejam betul mak ni.

    ReplyDelete
  12. ya allah naaak, naaak.... aunty lihat pun langsung terbayang pedihnya.... semoga cepat sembuh semua luka alif ya kak....

    ReplyDelete
  13. Allahuuuu.. tak terbayang camne jatuhnya sampai luka sana sini.
    harap Alip dah sembuh.

    ReplyDelete