Hari Sabtu lepas (16.5.2026) ada lawatan di sekolah Khilfi dan ammi paksa abah untuk pergi. Eh jangan main-main ye kalau mak dah rindu kat anak.
Pagi buat cekodok ikan bilis + jagung pastu cicahlah dengan baki kuah asam pedas daging semalam.
Lepas sarapan, teruslah ammi masak bekalan nak bawa ke sekolah Khilfi. Buat spaghetti aglio olio guna seasoning yang lalu lalang di TikTok. Pastu ko pelik sebab kuat nau rasa garlic. Buat juga grilled meatball dan ayam goreng. Tak ambil gambar pun sebab lupa.
Hampir nak sampai sekolah, Dak Apis (adik ipar ammi) pun ada kat situ sebab dia pun visit anak bujang dia juga.
Mikael (berbaju putih) dan Khilfi, dua cucu atok yang setakat ni berjaya teruskan legasi belajar di MOZAC selepas 3 orang anak atok. Siapa seterusnya? Miqa Hateef si budak lelaki berbaju biru ni nampak ada potensi besar. Darjah 1 tapi selamba je bila kita tanya dia soalan Math (operasi bercampur contoh 151 x 4 + 2 - 10) dia jawab macam ada calculator dalam otak.
Dak Apis tak lama pun sebab petang dia kena buat locum.
1 happy family. Khilfi baru je habis pertandingan softball yang berkesudahan sekolah dia kalah teruk. Ahakss...ater, team practise seminggu sebelum pertandingan. Itu pun sekejap-sekejap je.
Another shot sebelum berpisah. Khilfi ada meeting dengan team member untuk projek ke Jakarta. Kami berempat nak ke town sebab nak cari barang kakak.
Khilfi share keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Masa Ujian Diagnostic 1 (UD1) ada banyak C dan 1D tapi masa PPT takde D tapi ada E. Acaner ni? Hmmmmm... please improve.
Selesai disini, kami pun selesaikan juga rukun islam ke-2 pastu jom kita ke tempat kerja anakbuah abah di AEON Bandaraya. Boss ammilah ni. Dia racun ammi dengan tablet yang satu ini dan ok...not bad. Ada fungsi macam laptop, jadi instead of belikan laptop kita belikan tablet je untuk Kyra.
Kat kedai anakbuah ni ada warna pink saja. Mujur juga yang nak beli ni pun girl...dan dia pun oklah untuk ambil pink. Aterrrr....kalau tak ambil disini, abah ammi ubah keputusan karang melepas tak dapat.
Yeayyyy... cadangnya nak beli yang ditangan kakak je. Tiba-tiba kat tangan abah pun ada plastik juga.
Gunalah sebaiknya ye kakak untuk memudahkan kakak masa belajar. Jaga elok-elok, jangan tinggal merata. Kita tak petik duit dari pokok depan rumah.
Habis disini, takkan nak balik. Apa hal? Itu kita sambung nextlah. Ponek den nak menaip.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


10 Comments
boleh tau tab brand/model apa tu? TQ.
ReplyDeletewahh memang talented dan teror math la tu miqa!
ReplyDeleteBest jalan2 sambil melawat anak yg duduk asrama. Semoga kejayaan milik mereka
ReplyDeleteWah..hebat nya anak buah ammi tu...kalau anak Linda, terkial²... Adoi..
ReplyDeleteTerror betul tu. Kitanya kalau nak congak gitu je memang ke lautan jawapannya.
ReplyDeleteBestnya jalan-jalan..cari makan..ada result yang hebat..tahniah ya
ReplyDeleteAmboi Miqa...genius erk kamu..mak kamu telan culculator ke masa pregnant...bestla Kyra...nanti belajar dah ada tablet..jaga baik2...
ReplyDeleteTakpe ada masa lagi nak improve keputusan Khilfi tu.
ReplyDeleteTahniah Kyra dapat tawaran sambung belajar 🎉
kesimpulannya, semua orang happy terutama mom la... ihiii~
ReplyDeleteAiiih cekodok ikan bilis tuh yaaa 😍😍. Langsung lapar lihatnya.
ReplyDeleteSemoga lancar semua urusan khilfie di JKT nanti kak ☺️👍
Naah saya tuh ada niat juga nak beli tablet drpd laptop. Kalau laptop malas bawa saat traveling. Tapi tablet msh okelaah 😄. JD bisa saya ttp update blog kalau ada tablet begini . Sekarang nih tiap traveling lama, blog pun JD tak update sampai balik JKT.