Masa dapat result UPKK haritukan Alip nak kita belanja dia stimbot. Tapi bulan Ramadan tak larat de abah ammi nak makan stimbot masa berbuka. Berapa banyak je kita boleh makan waktu berbuka pastu nak terkejar-kejar cari surau bagai. So, kita kawtim dengan dia, dia makan lepas Raya.
Tempat ni abahlah yang jumpa masa di scroll TikTok. Ehhh abah pun layan TikTok ok. Kadang-kadang ammi dengar dia tengok drama Cina alihsuara kat Tiktok. Aahhhhh sakit telinga ku.
Jadi masa anak-anak ni ada Cousins Day Out tu, kita pun planlah dengan mak bapak anak-anak ni untuk gi makan stimbot sesama malam nanti.
Maka, petang tu ammi pun bookinglah tempat di restoran sebab kita ramai jugakan. Kita maghrib di rumah dadek je di Bukit Mahkota pastu terus je gerak ke restoran. Dorang pun taktau ada kedai stimbot kat sini sebab dorang bukan selalu pun duduk di sini. Hari-hari biasa dorang duduk di KL.
Lebih kurang pukul 7.45 malam kitorang dah terpacak depan restoran. Yelah, dekat je kan dengan rumah.
Antara makanan yang ada. Pilihlah apa yang korang nak makan. Pilihan tak berapa banyak tapi sesuailah dengan harganya.
.png)
Sauce yang ada. Pilih sahaja combination apa korang nak buat. Nak pedas, nak manis semua boleh.
Kita ambil 2 baris. Satu biar anak-anak yang duduk dan masak sesama. Satu lagi untuk abah ammi mama papa duduk main masak-masak. Boleh tahan full house juga restoran tu.
.png)
Dapur mak ayah.
Sendiri nak makan sendiri masak. Malas masak berlaparlah disitu.
Makanlah kami sampai tak larat nak makan dah. Sampai 2 mangkuk aiskrim pulak ammi makan malam tu. Ko dah kenapa Shila?
Kami yang tak cukup quorum dalam gambar. Mana ntah Alip, Abah & Papa.
.png)
Harga sesuailah untuk kami rakyat marhaen ni. Tapi ayat Alip, "Thank you Abah ammi belanja Alip. Tapi Alip lagi suka stimbot kat Sand Village". Okkkkk...kami take note (jeling sambil flip my tudung dan abah flip rambut). Ahakss.
So, selesailah hutang kami untuk raikan si bongsu ni. Masalahnya, kita raikan dia, tapi sekeping gambar dia pun takde.
4 Comments
Dah lama tak makan stimbot
ReplyDeleteBukan main erk ayat ucapan terima kasih dia yang last tu...Aunty ni pun x makan lagi kat Sand Village tu Alip oii...awak dah pergi dah ye....
ReplyDeleteKira ok lah tu kak harganya kira murah la jugak... banyak jugak pilihan tu. Makan mcmni seronok sambil bakar sambil borak boleh pilih nk msk gaya camne, sos rasa camne kan
ReplyDeletemurahnya harga tu utk eat all you can!
ReplyDelete