Berubah

Eh tak habis lagi kisah SPM ni rupanya.

Waktu keputusan Kyra diumumkan, dia berkira-kira juga sama ada nak buat semakan semula ataupun tidak.  Dia risau kalau-kalau lepas semakan grednya jatuh.  Tapi lepas ammi letak diblog dan ramai kata TIDAK PERNAH BERLAKU TURUN GRED maka dia pun setuju nak buat semakan semula.

Nak tunggu keluar keputusannya rasa macam satu penyeksaan.  Betullah orang kata penantian itu satu penyeksaan.  Bukan Kyra je terseksa, dengan ammi sekali terjebak.  Abah ammi tak pastilah, dia kan bijak menyorok perasaan.  Ahakss.

Tarikh akhir hantar permohonan UPU adalah 13.4.2026 pada jam 12 tengah hari.  Pukul 10.30 pagi Kyra whatsapp ammi bagitau ada keputusan yang berubah.  



Berubahlah Kimia itu dari C+ ke B.  
Fizik dan Sejarah kekallah sebagai B+ sahaja.  

Perubahan ni mencantikkan sikit sijil SPMnya...at least tak adalah C disitu.  Tapi merit UPUnya maintain gitu je.  



Tak apalah anakku... adalah rezeki tu nanti.  Andai kata pilihan pertama hingga ke 5 di UPU tak ditawarkan mungkin Allah dah pilih jalan yang lain untuk kakak.

Lepas ni ada satu lagi semakan semula yang kami kena kisahkan.  Si Alip pun buat juga semakan semula untuk subjek Adab yang dia dapat B.  Nasib baik untuk UPKK semakan semula cuma RM10 je.  Untuk SPM ni mahal betul.

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah cantik sedikit keputusan Kimia itu.

    ReplyDelete
  2. Syukur berubah dah keputusan tu...cantik la sijil SPM Kyra...all the best Kyra..

    ReplyDelete