Hala Tuju selepas SPM

Permohonan UPU masih belum tutup.  Result SPM haritu Kyra dapat 6A, 2B+ dan 1C+.  C tu untuk subjek Kimia.  Dengan results ni, satu asasi pun Kyra tak layak nak mohon.  Hmmm.  Kesian anak ammi.  Dia tak minat buat Law mahupun TESL.  Kalau dia minat mungkin dah layak dah nak apply.  

Dia nak ambil asasi sains.  UKM, UPM, UiTM, UNISZA semua tak lepas.  


Antara syaratnya perlu dapat B untuk Pure Science subjects.  Yang lain lepas tapi Kimia tu dia dapat C+.

Kami dah cuba buat semakan semula untuk 3 papers yang dia tak dapat A.  Auchhhh melayang RM300.00 tapi demimu anak apapun kami sanggup buat.  Tapinya masihlah belum lagi dapat keputusan.  Dengar cerita batch pertama yang buat semakan dah dapat dah keputusan semakan semula.


Fizik dan Sejarah Kyra dapat B+ haritu.  Dan Kimia pula C+.  Manalah tau lepas disemak semula berubah grednya.  Tapi kalau gred kekal, maka terpaksalah kami redha je.

Semoga adalah berita gembira masa keputusan Matriks diumumkan nanti.








Mungkin boleh juga pertimbangkan untuk cuba ambil STPM.  Ada juga program rintis STPM dengan UKM dan USM.  Cumanya antara 4 laluan sebelum ke ijazah ni, STPM lebih mencabar.





Semoga sempatlah keluar keputusan semakan semula tu.  Motifnya apa ye buat semakan SPM kalau keputusan keluar lepas daripada tarikh tutup UPU?

Semoga yang terbaiklah buat anak-anak ni.  

Post a Comment

7 Comments

  1. semga yang baik2 je...tapi, ada ke kes semakan semula.. gred jadi turun?

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah ada tempat utk budak bijak macam Kyra ni. Abang pun mohon juga segala yg boleh wpun bukan Sains. IPG pun minta.

    Semoga rezeki terbaik utk Kyra dan semua batch 08 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Semoga yang baik- baik untuk Kyra..insyaallah ada jalan dan rezekinya

    ReplyDelete
  4. UIA tak minta ke Ammi?. Result macam ni boleh masuk UIA kalau tak silap saya. Bahasa Arab kena belajar tapi basic je. Kalau tak masuk sekolah agama pun boleh apply UIA juga. Anak saudara saya dari MRSM Bentong buat kejuruteraan masuk UIA ambil Ijazah seni bina dalaman. Tak ada basic Bahasa Arab masa sek men.

    ReplyDelete
  5. mohon je apa2 yang boleh dimohon. nanti tengok rezeki dapat mana. semoga dapat la apa yang diminati. sekarang ni ramai betul budak2 pandai memang kena bersaing la. lagi2 merit ke apa tu tak berapa nak faham.

    ReplyDelete
  6. moga2 yg terbaik utk kyra..aamiin

    ReplyDelete
  7. Saya agaknya perlu cari tahu juga cara apply uni Malaysia untuk foreigners. Saat saya dan adik apply kuliah di sana, macam lebih mudah. Tak ada test hanya USM dan Olympia college minta transkrip nilai dari high school kami. Setelah itu done.

    Tak tahulah kalau zaman skr. Soalnya dah plan nak kirim anak2 saya kuliah di Malaysia nanti

    ReplyDelete