Hari Raya ke-6 (26/3/2026) haritu, Kyra & Khilfi dan sepupu mereka berjimba bersama-sama. Puncanya, masa raya ke-2 si Adli Shah (abang kepada dadek) tanya ammi depan reramai sedara mara
Adli: Ammi, boleh tak kalau minggu depan nanti abang keluar dengan Kyra gi Times Square?
Ammi: Keluar berdua je?
Adli: A'ah..kitorang nak gi main bowling (innocent je jawapannya).
Terus makcik pakcik yang ada bersorak macam..."woooooo, ada apa-apa ke ni keluar berdua?". Hahahhaha.
Pada dorang mungkin tak ada apa, sebab dorang memang rapat sejak kecil. Sebaya, plus kalau cuti sekolah samada dorang bertenggek kat rumah ammi, atau Kyra Khilfi bertenggek kat rumah dorang. Dah besar ni dorang dah tau "halal gap" itu tapi tetaplah kalau borak tu memang macam adik beradik je akrabnya.
Ammi dan abah bagi je kebenaran tapi bukan berdualah. Keluarlah beramai-ramai dengan sepupu yang lain.
Yeay...maka hari Khamis tu kami hantarlah Kyra, Khilfi dan Alya dari Seremban ke rumah dadek di Bukit Mahkota. Dari sana Aimi (kakak sulung dadek) akan drive ke Times Square dan jumpa Adel sorang lagi abang sepupu dorang yang tengah belajar kat UM.
Sampai-sampai terus cari air. Kalau Alip dia kata air matcha latte ni rasa macam rumput. Macam pernah rasa rumput pulak budak kecik tu ye.
Hargailah masa bersama sepupu ni ye anak-anak semua sebab nanti bila semua dah berkeluarga, korang dah tak akan rasa peluang "cousins day out" ni lagi. Yang lelaki mungkin boleh juga merasa lagi tapi yang perempuan bila ada anak kecik jaranglah kita ada perasaan nak berjimba tinggalkan anak-anak. Betul tak korang?
Yang dua di depan ni SPM batch 2024. Bila dapat tawaran UiTM ehhhh sama pulak kampus dorang di Pasir Gudang tu. Sorang buat Civil sorang buat Electrical Engineering.
Memula dorang nak juga masuk theme park ni, tapi tiket masuk berharga RM63.00. Langsung tak jadi. Memasing students kan, mana pulak nak ada duit bebanyak gitu. Ammi pun bagi duit kat anak-anak RM100 je kongsi berdua.
Thank you abang Adel belanja adik-adik main boling 1 set. Dorang main 2 sets jadi set satu lagi tu bayarlah sendiri.
Hahaha jadi A K A gitu pulak namanya ye.
1 lane untuk Aimi, Kyra dan Alya.
1 lane lagi untuk Adel, Khilfi & Adli.
Hari esoknya, kakak ngadu tangan dia sakit. Ye ye oh je ammi urut-urut ingatkan dia tertindih tangan ke apa masa tidur. Lupa pulak sakit tu sebab dia dok hayun bola boling. Penyakit sendiri cari.
Makan je kat food court. Ikut bajet memasing.
Semoga mereka terus rapat sehingga dah berkeluarga nanti.
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


8 Comments
sesekali cousins day out pun best kan..zaman kita dulu memang xde la merasa..
ReplyDeleteJauh tu dari Seremban ke Times Square... hehehe
ReplyDeletebila dh dpt kuar bersama cousin mmg syok
ReplyDeleteBestnya da sepupu yang umur dekat2 sama n rapat ni... seronok bila jumpa sepupu yang sekepala ni... lawak betul la si Kyra ni dh main bowling memangla tangan tu lenguh dok membaling je kan
ReplyDeletebest jugak ni baya2 je umur ni keluar sama2. tu la kan sepupu biasa bergaul dari kecik dah macam adik beradik, bila dah besar kena tau batas la.
ReplyDeleteNampak enjoy semuanya.. nampak semua lebih kurang sebaya je.
ReplyDeleteaihhhh... awkward pulak kalau sepupu ada apa-apa 😁
saya tak de sgt cousins yg sebaya/yg close...my boys, ada jugaklah, anak2 my adik2..cuma tak berapa ramai yg sebaya..biasanya beza setahun(muda/lg tua)..best if dpt sepupu2 yg close mcm anak2 ammi ni
ReplyDeletePosisi main motor racing nya dah sampai tengkurap yaaaa 🤣🤣🤣. Fokus sangat main hahahahaha.
ReplyDeleteAiiiih rindu naik rollercoaster di Times Square ini 😄😄. Sukaaa lah wahana indoor, jadi tak panas.antrian pun tak ramai.
Macam disentil pula saya baca part "ada perasaan nak berjimba tinggalkan anak2" 😅😅😅.
Ntahlah, saya termasuk sering sangat meninggalkan anak2 saat bayi, traveling kan. JD mereka memang diasuh babysitter nya masing2 😅. Dah besar ini baru sering traveling dengan anak2