Semalam seawal jam 7 pagi kami dah keluar rumah. Sebelum keluar tu ammi mintalah Kyra tolong jemurkan kain sebab dia dah siap. Tapi kejap tu dia keluar masuk keluar masuk toilet sebab katanya macam sakit perut, macam nak muntah tapi bila gi toilet tak ada apa-apa. Oh anakkkk, itu namanya butterflies in the stomach.
Terus abah yang ambil balik tugasan hakiki abah. Bab jemur kain, angkat kain memang abahlah yang buat sebab ammi tak kuasa haiiii nak pakai tudung sarung seluar panjang semata-mata nak gi menjemur kain tu.
Kita cutikan je budak kecik tu sebab kalau tak cuti camna pulakkan. Kita nak ke Segamat bukan seberang taman. Sementara abah gi isi minyak marilah kita ambil gambar jap.
Singgah breakfast di Kuala Pilah and by 9.25am kami dah sampai di sekolah Kyra. Buat pendaftaran bagai dan dapatlah door gift untuk semua pelajar. Pastu khas untuk pelajar kelas Kyra, cikgu kelas buatkan bag warna hitam yang ada nama printed on it. So sweettt cikgu kelasnya.
Bila ambil gambar ni baru perasan lantai dewan ni warna kuning.
Jam pukul 10 pagi masih agak kosong lagi dewannya sebab ada pelajar yang masih belum sampai. Ada yang dari Kuantan, dari Johor Bahru. Lebih kurang 3 jam juga kalau nak ke Segamat tu.
Berdebar ke tidak ntah. Macam tak rasa berdebar tapi tangan ammi menggigil tak sudah. Disebabkan dah janji dengan Kyra kita tak check online, makanya ammi memang tak check online result dia. Biar kita sama-sama gelisah gitu.
Bila tuan pengetua naik buat summarize keputusan, masa dia sebut GPS Pendidikan Islam & Matematik 0.56 dengar sorakan anak-anak terus ammi rasa meremang. Allahhhh. Masa tu baru start rasa dup dap dup dap.
GPS sebenar lebih baik daripada GPS target. Alhamdulillah.
Ini kali pertama keputusan SPM diumumkan di SESS. Cara penyampaian result pun berbeza daripada yang biasa kita tengok. Di SESS, setiap pelajar dipanggil naik ke pentas dan disitu disampaikan file peribadi dan sijil SPM.
Abah dah ke depan nak snap gambar satu-satunya anak dara dia.
Ammi zoom dari jauh jelah. Gigih anak dara ni nak juga pakai baju kebaya ammi. Ni baju raya ammi tahun 2017 kalau tak silap. "I want you to always be with me, ammi". Auchhhh.
Haaa seeeeeee. Mana ada saya rendah. Kan sama tinggi tu.
Inilah keputusan hasil penat lelah, nangis, tak cukup rehat, tak cukup tidur, tak lalu makan Kyra Saffiya. 4 hari gap selepas paper Bio sebelum Addmath memang sangat memenatkan sebab dorang pulun buat Addmath macam tak ada hari esok. Alhamdulillah...usaha keras itu ada hasilnya.
Ayat dia lepas paper addmath "kakak macam boleh jawab, kakak jawab lancar tapi tiba-tiba kakak risau kalau kakak jawab syok sendiri". Nampak gayanya tak syok sendirilah ni, betullah tu jawapannya.
Target peribadi Kyra 7A 2B sebenarnya. Tapi Sejarah dia dapat B+ pulak. Dia tak target pun Addmath dia A dan dia target Kimia A. Apa pun awak dah usaha. Abah ammi tumpang gembira. Bila tanya sama ada dia nak buat semakan semula untuk Sejarah dan Fizik? Taknak katanya sebab takut kalau tiba-tiba turun pulak grednya. Ahaksss.
Kami nangis ke semalam? Tak pun sebab macam tak suspen je.
Sekolah Kyra yang baru setahun jagung berada di ranking ke 25 MRSM & SBP untuk SPM 2025. MOZAC, sila bangkit. Semoga batch Khilfi tahun depan nanti boleh naikkan ranking MOZAC ke tempatnya semula.
Alhamdulillah!
Adik pada arwah mama (Cik Wok) hantar voice note tanya keputusan cucunya ni. Ya Allah, masa ni ammi sedih sebab ammi membayangkan kalaulah mama masih ada.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


18 Comments
Alhamdulillah tahniah kyra dan ammi sekeluarga. Walaupun pertama kali result sekolah bagus.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Kyra sayang 🌹Fly high!
ReplyDeleteTahniah Ammi sekeluarga.
Lega sangat kan Ammi... Nak² 1st experience utk kita. Syukur 🤲🏻
Alhamdulillah tahniah! Semoga terus berjaya di masa akan datang. Jauh lagi perjalanan ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah kyra dan parentsnya..
ReplyDeleteNasib baik kyra belum tinggi melebihi apaknya...
Alhamdulillah..congrats again Kyra...
ReplyDeleteSubahanallah, anak mak berjaya SPM cemerlang..ibu ayah pastilah bangga kan..cantik keputusannya ya..tahnia ammi dan anak ya..turut happy ni anak blogger hebat2 belaka
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah Kyra! 🥳 Semoga lepas ni dapat tawaran universiti dalam bidang yang diminati 🤲🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah Kyra & proud parents... jgn lupa terus update result di upu ye.. all the best Kyra!!
ReplyDeletealhamdulillah tahniah Kyra...acik tumpang happy bergenang airmata,moga kakak sentiasa cemerlang dunia akhirat..
ReplyDeletetahniah kyra..hebat add math dpt A tu..semak semula tkde gred turun..samada kekal or naik gred je
ReplyDeletePasni semu baju ammi jadi milik Kyra la kan... tahniah Kyra, atas segala susah payah tu
ReplyDeleteGred tak akan turun Ammi. Naik @ Kekal SAHAJA. Jadi kalau nak buat semakan cepat2 buat. Kot la boleh dpt gred sebelum UPU diumumkan.
ReplyDeleteApa apa pun tahniah Kyra!!! Uishhh dulu time saya berdebar sangat2.....
wahhh congrats kyra! anddd tahniahhh sbb the phrase "i want u to always be with me" aucchhhh so sweeettttt anak dara ;)
ReplyDeletecongrats kyra!!! lps ni, kena pilih course dan uni plak tu..moga dpt yg terbaekk! aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah Kyra, tahniah juga ibu dan ayahnya. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Tahniah, Kyra. Ammi, kita nak komen jugak, muat pulak Kyra baju maknya, sebab Kyra kan tinggi. Kita tak cakap Ammy pendek ya, hihi.
ReplyDeleteAlhamdulillah, congrats utk Kyra 🎉🎉🎉🎉🎉. Effort dah maksimal. 👍👍 Semoga selanjutnya kyra bisa melanjutkan ke pendidikan yg lebih tinggi yaaa. Dipermudah jalannya 🤗🤗.
ReplyDeleteMemang tinggi sangat anak Ammi ini 😄👍👍. Orang tinggi nih kan, pakai baju apapun, cantik lah
Tahniah Kyra... bijaknya...
ReplyDeleteTahniah juga buat ammi dan abah.
Semoga Kyra terus sukses.