Dari petang hari Jumaat minggu lepas ammi teringin nak makan Mamee tapi tak ada pulak jajan tu kat rumah. Mamee ni antara jajan yang paling kerap ada kat dalam gobok makanan. Mula-mula ammi biarkan jelah rasa teringin tu tapi alahai, semakin gelap hari semakin membara rasa nak makan tu. Nak mintak abah tolong belikan, haritu kita majuk dengan dia. Jadi kita malas nak borak-borak. Ahakss.
Ammi pun bangunlah dan gerak ke dapur. Kita buat sesi trial and error guna mi segera je.
Untuk permulaan, rebus sekeping je mi segera. Dah lembut, toskan pastu ammi masukkanlah segala mak nenek rempah yang ammi nak letak. Masa kejadian ni ammi letak serbuk cili, serbuk kari daging, garam, serbuk perasa dan tepung jagung.
Pastu panaskan minyak, dan masukkanlah sikit-sikit. Sepeket tu ammi buat 3 kali goreng sebab ammi goreng guna minyak dalam periuk comel.
Lepas dah rasa ringan mi yang digoreng tu bolehlah kita angkat dan tos. Bila dah sejuk sikit, ehhhh not bad korang rasanya. Boleh repeat lagi nampak gayanya ni.
Bangun pagi tengok balang isi jajan ni dah kosong. Ahaksss...sedaplah jugak tu agaknya ditekak abah.
.png)
.png)


7 Comments
waaa creativenya ammi! nmpk sedap laaa
ReplyDeleteWahh menarikk jga ni
ReplyDeleteJajan
merajuk terus dapat buat jajan sendiri dan sedap erk...awak yakin ke abah yang makan bukan Alip?
ReplyDeleteOoo.. buat jadi rangup ye. Kenapa tak beli je Mamee Monster perasa bbq tu? Hehe.. rajin Ammi buat jajan sendiri di rumah.
ReplyDeleteMi segera ni sedap ni Ammi.....sesekali makan memang layan....
ReplyDeletewah dah boleh buat jajan sendiri ni
ReplyDeleteKahkah.. merajuk² masak lebih juga ya kat abah😆
ReplyDelete