Jamuan potluck Alip

Jumaat lepas di sekolah Alip ada dibuat Jamuan Akhir Tahun yang bertemakan potluck. 

Cikgu buka je borang kebetulan ammi tengah pegang phone masa tu.  Lelaju ammi isi nama Alip kat tempat AIR KOTAK.  Hidup kena pantas tuan-tuan dan puan-puan sebab saya tak rajin.



Alip cakap ngan abah dia nak air teh bunga.  So, abahnya belikan kotak air teh bunga.  Bila cikgu share gambar, umak aiiiii banyaknya air.

Cikgu kelas Alip ni lelaki, jadi kalau dalam group cuma ada 4 keping gambar tu ko kena REDHA.  Takyah nak gaduh bagai kata lelaki tak post gambar kat medsos.  Memang itulah sifat mereka.  Dalam phone gallery suami ammi pun memang boleh dikira dengan jari berapa keping je gambar yang dia snap sendiri.  Yang berlambak gambar yang auto download dari whatsapp je.  


Next year dah masuk tahun 6 dah anak-anak Kekwa ni.


Antara makanan yang ada pada hari kejadian.  Dia balik ammi tanya dia makan apa.  Katanya dia makan 2 round ramen.  Memang hiduplah ek kalau ramen.  

Minggu dah 2 hari Alip tak kesekolah.  Hari Isnin sebab abah tak sihat, hari Selasa eh hujan lebat pulak pagi tu.  Hari Jumaat nanti confirmlah ammi tak hantar sebab nak menjemput Kyra & Khilfi.

Post a Comment

9 Comments

  1. Bestnya makan makan ...
    Makanan budak budak zaman sekarang.. Ramen memang laku keras.. kalau bagi kuih tradisional rasanya tak berusik agaknya. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Seronok anak- anak, semoga berjumpa lagi dengan kawan- kawan di tahun 6, biasalah lelaki kan..amik gambar macam hape..sama la macam suami daku tu...goyang sana gegor sini...

    ReplyDelete
  3. Sama la kalau pilih2 kita pun pilih air kotak gak. Senang. Hehe

    ReplyDelete
  4. Okay juga gambar cg kelas Alip ambil ni. Cg kelas Kakak lagi sedih Ammi, redho je la haha
    Selamat bercuti la ye Alip :)

    ReplyDelete
  5. razeen pun tak gi sek hari ni...emmm sbb dh nak start cuti sek kan...tapi esok ada school trip so dia excited lah tu tunggu esok

    ReplyDelete
  6. anyway guru kelas razeen cg perempuan so time jamuan, ada jer gmbr2 dan ada video jugak! esp food heheh

    ReplyDelete
  7. Sama la kelas Raisha pun GK dia lelaki. Gambar tak semenggah je dia snap. Redho jela 😆. Menu pulak mujur Raisha pilih tembikai je. Senang kerja bapak beli tembikai, maknya potong.

    ReplyDelete
  8. Paling senang bawa air kotak tu.

    ReplyDelete
  9. meriah...sekolah Iris x de plak jamuan2 ni..kalau x aku suka je

    ReplyDelete