Pertama kali ke Rumah Abang Jamil

Hari Sabtu seharian mendung, tengahari hujan sekejap.

Ammi ada jemputan tapi ammi masaklah juga untuk anak-anak dirumah.  Masak yang simple-simple je.  Ammi pun memang plan nak keluar selepas zohor jadi kita isi dulu perut suami supaya taklah dia lapar menjelang sampai ke majlis walaupun jarak rumah ammi dan majlis cuma 20minit je.

Keluar rumah jam 2 petang, sampai ke kawasan Rumah Abang Jamil ni dalam 2.20petang.  Pastu ada orang yang jaga tu tanya rumah no. 1 ke no. 2?  Alamakkkkk jap kita tengok balik jemputan.  

Banyak pulak ye rumah kamu ni Abang Jamil.


Credit kepada yang tag gambar ni di Facebook kawan ammi.

Masa ammi sampai tu hujan gerimis jadi memang tak dan nak bergambar sangat diluar.


Mak pengantin ni kawan kelas masa sekolah rendah ammi dan Mummy Ayu.  Tapi ammi pun taktau MA pergi ke tidak wedding ni.  Lupa nak berjanji.  Dan disebabkan cuti panjang ramai je kawan-kawan yang tak dapat hadir.  Masing-masing ada urusan keluarga ditempat lain.  Ada yang tak sempat sampai juga sebab luar biasa trafik di highway ditambah pula dengan hujan dan accident.

Pengantin lahir di Jordan kalau tak silap ammi, masa ibunya masih belajar di sana.  Cepat betul sampai jodoh ibunya dan ammi pun tak pasti berapa usia pengantin ni sebab dah jadi doktor dah pun.  

Ambillah gambar bukti hadir.  

Suami ammi hilang mencari mencari "kedamaian" dia lepas makan.  Lepas makan memang kena berasap ekkkkk kalau orang merokok ni?

Plannya lepas majlis ni nak gi potong rambut tapi ala lupa pulak kita pakai tudung camni.  Kang satu hal pulak nak melilit lepas crop rambut.  Moh la balik terus.


Antara perkara yang ada dalam goodies bag.  

Semoga pengantin dapat mengharungi pahit manis perkahwinan dengan baik.  

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat pengantin baru buat mempelai. Rezeki kawan Ammi kahwin muda dan anaknya pun kahwin muda dan dah jadi doktor pulak tu.

    ReplyDelete
  2. aku x gi pun, aku ada run sabtu tu..

    ReplyDelete
  3. Selamat Pengantin Baru dan tahniah utk kawan Ammi dapat menantu
    Baru tahu Ammi & MA satu sekolah :)

    ReplyDelete
  4. kwn yg sebaya pn dh dpt menantu sbb kawin muda....selamat pengantin baru

    ReplyDelete