Hari Isnin adik beradik abah berkumpul bersama-sama. Terima kasih PMX sebab bagi kami cuti dan kami dapat berkumpul bersama. Ahaks.
Pak Pis selaku adik paling bongsu ditugaskan cari tempat sebab memang dia rajin bawa family berkelah. Entah celah-celah hutan mana dia bawak anak isteri dia mandi sungai.
Inilah lokasinya. D' Lubuk Rusa di Rembau.
Dorang sibuk kami on the way, kami on the way...
Mana boleh kalah... ammi pun upload gambar, KAMI PUN ON THE WAY JUGA. Walaupun baru 5 minit gerak dari rumah (anak-anak dah park di kedai nak sarapan), abah dan ammi patah balik sebab perut ammi memulas teruk. Melepaskan hajat dirumah sendiri adalah perkara paling best untuk dilakukan.
Konsep kitorang adik beradik macam biasa, POTLUCK.
Dan abah selalu mengelat awal-awal dia dah cakap nak bawa nasi impit. Senang betul ek kerja. Tapi ammi uplah sikit, bawalah juga grilled meatball yang confirm budak-budak suka.
Ni masih belum penuh meja sebab masa ni ada 3-4 family yang belum sampai. Rambang mata weiiii nak sudukan yang mana satu masuk dalam pinggan. Yang pasti yang bersenduk hijau ni "ammi tak kawan dengan dia".
Bawa ground sheet untuk jadi tempat duduk. Sekali kita tukar dia jadi flysheet sebab cuaca panas pulak. Nasib ada bawa camping tools jadi senang sikit nak pacak.
Pak Pis dan anak-anak buahnya.
Yang baju hijau Miqa macam biasa sentiasa dengan drama omputihnya "everyone, everyone, I saw a drone. Where does it come from?". Terpercik-percik air liur dia bila bercakap dengan excitednya.
Maklong, MakNgah, Maklang... 3 spots tu memang dah duduk tak bangun-bangun.
Menunggu untuk masuk barisan.
Kyra datang bawa homework Math. Mujur ada Abang Adel yang boleh guide. Masa Aimi dan Alya SPM tahun lepas, kalau free Abang Adel buat free online tuition subject Addmath and Math untuk dorang dan kawan-kawan. Kawan si Aimi tu pulak, "macam mana ni Aimi, abang ko baru bukak mulut je dah handsome", hahahha..
Air sungai ni kurang jernih tapi budak-budak apa ada kesah. Dorang layan je dari pagi sampai ke petang. Solat pun kat atas batu tu je.
Alhamdulillah 11 daripada 12 adik-beradik abah dapat berkumpul bersama. Masih belum dapat kumpul bersama semua anak-anak buah. Begitulah kan bila masing-masing dah berkeluarga dan ada yang perlu bertugas disaat orang lain bercuti.
Insyaallah to many more get together.
7 Comments
Seronoknya picnic ramai2 meriah dengan macam2 makanan.
ReplyDeleteHebat la dapat kumpulkan adik-beradik ramai2 mcm ni. Terbaik Kyra, tengah2 piknik pun masih lagi buat latihan Maths 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah... seronok dapat berkumpul bersama...abah cepat² pilih menu..kikiki
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat mengeratkan siratulrahim
Alhamdulillah cuti-cuti dapat berkumpul dengan seluruh keluarga
ReplyDeleteAmmi.. kita balik rembau minggu lepas. tapi kita lepak ulu speri je.. air mmg kurang jernih sebab hujan kan.. dia bawa sekali lumpur dr tempat pembalakan atas tu. geram jer
ReplyDeletealhamdulillah..seronoknya gather2
ReplyDelete