Sarapan pagi di Kedai Makan Budak Muar

Sekali lagi kisah beberapa minggu sudah ammi kongsi.

Untuk sarapan pagi Sabtu tu kami ke Kedai Makan Budak Muar di Rasah Kemayan.  Asyik lalu je kat TikTok jadi marilah kita cuba.  Ammi memang sentiasa suka dengan kedai yang ada sarapan pagi menu berkuah ni.  Tak kiralah mi kari, mi sup, lontong.  

Gambar hadapan kedai tak ambil sebab kedai full uolls.  Malu pulak nak berdiri kat depan tu snap gambar.  I kan wanita paling pemalu.  

Sampai je kat sini anak-anak (Khilfi dan Alip) auto teringat kat ibu pengasuh sebab ibu memang orang jati Muo...begitulah juga dengan suaminya.  Ibu ngan ayah kawan sekampung yang akhirnya jadi suami isteri.  Sementara tunggu makanan sampai banyaklah flashback memories dari anak-anak dirumah ibu.


Budak tak mandi pagi.  Gosok gigi basuh muka dah moh le kita.  Mulut dia tu satu hal pulak.  Dia minum yakult (hari Rabu) tak pakai straw.  Dia kopek je seal di muka botol tu pastu bila yakult dah habis dia sedut camna ntah botol tu sampai lebam sekitar mulutnya.  Ammi balik kerja terkejut tengok keliling mulutnya lebam.  Ingatkan kena tumbuk ke.  Tak memasal tuam pakai ais nak bagi hilang lebam.  Hari Sabtu masih ada lagi lebamnya tapi dah tak ketara sangat.


Budak lebam mulut tak ada selera makan jadi dia order roti bakar coklat je.


Ammi order kacang pool juga.

2 jenis roti ni dari kedai sebelah...patutlah kami kena bayar asing masa hidangan dihantar.


Khilfi order mi rebus udang.  Dia makan semua hingga licin kecuali tauhu tu terkontang-kanting dalam mangkuk.  Memang sejenis tak makan tauhu dan tak minum air soya dari kecik.  Yang lainnnnn semua dia balun macam tak ada perasaan.


Abah order mi bandung daging.  Sedap


Ammi order soto nasi.  Sedap cuma kurang panas masa sampai.  Macam suam-suam je gitu.

Harga setiap satu tu ammi dah lupa tapi total sarapan berbentuk mi dan air lebih kurang RM41.00 camtu.  


Post a Comment

9 Comments

  1. mee bandung fav kita....sedap tu tgk menunya

    ReplyDelete
  2. Aunty SA berkenan tngok Khilfi punya mee rebus udang tu la...nanti la nak pi jugak nanti...

    ReplyDelete
  3. Murah nya kan RM1.00..adui bestnya tu murah..nampak sedap sangat tu..tak apa anak lelaki lasak..arwah mak kata tegur Etuza, usah tegas sangat sama anak, anak lelaki normal lasak..mahu kah anak lelaki diam ja..ha bagi nasihat elok2..bagi kebebasan ..asala tak manjakan sangat. Aduhai mak mak..kena den nasihat dia ni hehehe

    ReplyDelete
  4. ingatkan kenapa la muncung bebenor.. merajuk ke hape.. hehehe.. maafkan acik ye.. ^^

    ReplyDelete
  5. Kedai ni pun selalu juga lalu lalang FYP saya. Nak pergi tapi tak pergi-pergi lagi. Sini banyak menu favourite saya, kegemaran bangsa Johor. Itu yang nak cuba tu. Entah bila nak sampai tak tahulah. Nampak menyelerakan mi bandung, soto dan mi rebus tu.
    Alahaii alip, awat jadi lagu tu. Mujurlah tak teruk sangat.

    ReplyDelete
  6. Kacang pol ini saya masih penasaran sangat rasanya kak. Macam menarik, tp saya tak suka telur yg masih encer kuningnya 🤣. Boleh tak kalo pesan ini, telur dibuat well-done 🤭?

    ReplyDelete
  7. Alolooo kesian jugalah lebam mulutnya sampai tak lalu makan.
    Sedap-sedap semua menunya. Kacang pool tu lama tak makan, kena balik Malaya baru dapat.

    ReplyDelete
  8. Menarik, kedainya. Semua hidangan nampak sedap. Nampak pekat kuah mi rebus. 😋

    ReplyDelete
  9. Teringin pulak nak rasa kacang pool tu. Sedap2 menu sarapan Johor.

    ReplyDelete