Masak dan dugaan Jumaat

Hari Sabtu sehari sebelum kami terjah Kyra secara mengejut, ammi masaklah dirumah.  Hari Jumaat ada dirumah sebab WFH tapi tak ada apa-apa gambar makanan pun dalam gallery.  Makan apa agaknya kami? 

Seingat ammi, lepas abah jemput Alip dan hantar dia balik, abah terus ke Melaka jemput Khilfi.  Abah tapaukan nasi ayam untul lunch kami.  Dinner?  Entah...sekeping gambar makanan pun tak ada.  Yang ada untuk Jumaat 15/8/2025 cuma gambar cermin meja solek ammi tiba-tiba jatuh pecah habis berterabur semua.


Auchhhh...baru nak lelap mata lepas lunch tetiba bunyi bising dalam bilik.  Bukan cermin je pecah, botol minyak Jungle Girl yang baru dibuka pun pecah juga.  Tak memasal tau kena mop rumah kali ke-2 haritu sebab pagi tu lepas balik dari klinik gigi ammi dah vacuum dan mop rumah demi nak menyambut anak bujang balik. Dia kan ada sinus, jadi risaulah ada habuk melampau.  Kita bela kucingkan.

Mana yang tinggal sikit tu ammi buang je.  Tak kuasa nak basuh-basuh botol tu sebab terkena minyak.


Hari Sabtu pagi 16/8/2025, ammi buat sarapan nasi goreng daging petai berapi manja.  Sedap kalau boh cili api banyak, tapi karang Alip pulak susah nak makan.  Petai tu kita hiris dia nipis sikit.

Untuk kami yang lain ammi potong cili padi jelah.


Tengahari, ammi masak ayam kicap ala-ala 3 budak gemuk.  Ini semua sebab kak SA share Nia masak resepi ni kat rumah.


Ada pulak nasi tegak berdiri.  Taulah kita dah masuk bulan Kebangsaan, dia pun sibuk berdiri nak menyanyi lagu Negaraku agaknya.  Abah kalau pandang ni mau meremang-remang dia rasa.


Buat jugalah sambal untuk makan bersama ulam kobis.


Bendi goreng.

Sekian saja lauk yang ammi masak.

Sebenarnya ammi nak masak kung pao chicken.  Abah gi pasar tak jumpa pulak basil.  Jadi terpaksalah tukar menu tang kona.

Post a Comment

13 Comments

  1. Iyalah Ammi.
    Tak kuasa dah kalau saya nak hadap benda jatuh pecah dan berselerak. Mana yang masih ok tu sajalah diselamatkan. yang lain terpaksalah buang.
    Nasi goreng bubuh petai tu, nampak sedap betul. Nak puas makan, tambah petai sebiji-sebiji buat ulam... ahaks!

    ReplyDelete
  2. Teruja erk ayam kicap 3 budak gomok dak Nia..hahaha...uncle eh ada request tp sebab dia muscle pain, dia kata next time la...dh macam penguin jalan dh sakit muscle

    ReplyDelete
  3. Alahai kenapa terjatuh tu. Habis la pecah minyak urut tu melekit la.

    ReplyDelete
  4. First time tengok nasik boleh berdiri cam tu....

    ReplyDelete
  5. Jatuh sbb kucing ke? Geram je rasa bila dah mengemop lepas tu kena mop balik kan. Psst... macamana Amie masak nasi tegak berdiri tu? 😅

    ReplyDelete
  6. selalu nasi berdiri2 nie, dari beras panjang2 macam beras basmati...
    kalau cap rambutan biasa je, tak berdiri...hihihi

    ReplyDelete
  7. Aduhaiii..hati pun retak seribu tengok pecah macam tu. Bertabahlah Ammi uii kena mop dua kali. Siapalah punya kerja tu kan.
    Masak elok nasinya tu, mesti berderai sedap dimakan. Boleh pula dia berdiri gitu ek. Kadang malas masak sayur, ada kobis buat macam tu jugak. Cicah dengan stok sambal geprek. Berselera makan terus.

    ReplyDelete
  8. Camne boleh jatuh tu ammi? berat sangat kot bukan dikerjakan kucing kan... nasi tu memang lain dari lain dh tegak berdiri

    ReplyDelete
  9. alamak.. bertabah la ye ammi.. memang spoil mood kalau nampak berselerak begini.. btw, ammi nyanyi lagu ape masa tengah masak nasi tu? hehehe..

    ReplyDelete
  10. benda tu jatuh sendiri ker? alahai nak kena mengemas plak tuuu

    ReplyDelete
  11. Jatuh agaknya kan..mujur tak ada yang pecah..tak apa mudahkan saja..lagi pun dah ada sajian membahagiakan..hehehhe

    ReplyDelete
  12. Eh macam mana bisa jatuh kak? Nampak berat soalnyaa . Aiiih bukan kerjaan anak bulu kan 😅?

    Jujur, saya pun macam merinding lihat nasi tegak begitu 🤣🤣

    ReplyDelete
  13. mcm mana leh jatuh la kan...semua menu nampak sedappp

    ReplyDelete