Lama dah tak masuk Mydin sebab ammi rasa beli barang di Econsave lebih murah dari di Mydin.  Kenapa perlu bayar lebih kalau yang murah itu ada.  Ahaks.  Tapi adakala kena juga pergi sebab kat sini je ammi nampak jenama di bawah ni.



Sejak dah tak membeli jenama keluaran Nestle untuk rumah, jadi kenalah cari solusi lain.  Setakat ni ammi jumpa jenama ni kat Mydin je dan rasa kopinya sama macam jenama popular itu.  Ke korang pernah nampak jenama MyRasa ni kat tempat lain?

Dah alang-alang masuk Mydin takkan nak beli 2 ni je, kita tolaklah juga cari benda lain yang harganya reasonable.  Nampak beras ni diletak di bukan bahagian beras.  Lawa pulak gabungan warna ada warna gold ni.  Memanggil-manggil untuk kita tengok.  First time nampak jenama ni.  Al-Maheera.

Alamak macam-macamlah pulak jenis beras basmathinya.  Ada yang parboiled, aged rice, scented rice...macam-macam.  Lain warna lain perihalnya.  Harga cuma RM29 je untuk 5kg.  Murah bangettt.


Marilah try beli 1.  Sekarang ni ammi pun lupa ammi pilih yang mana.  Antara yang royal blue dan purple tu.  Tak ingatlah pulak.  

Ammi selalu akan check harga beras basmathi jenama yang biasa ammi beli di apps Hargapedia.  Kalau harganya murah melampau dari biasa, kami akan ke situ dan belilah few packs buat backup.  


Dan inilah kejadian nasi hasil dari beras Al-Maheera (entah packaging mana satu) yang tegak berdiri.  Sukatan air kalau masak basmathi biasanya ammi memang lebihkan dari sukatan yang dicadangkan.  Ammi guna 2 cawan beras (yang dicadangkan 1 beras:1.5 cawan air).  Jadi ammi akan guna 4 1/4 cawan air.  Ammi tak suka nasi yang berderai sangat.

Ammi memang masak nasi sukat air guna cawan.  Janganlah suruh sukat pakai jari memang tak ghoti den do.  Nasi boleh tahan panjang.  Ada satu nasi tu ammi jumpa dalam sink, memula ammi ingat ulat (panjang lebih kurang 2.3cm), bila tengok bebetul eh itu nasi.