Ini sarapan hari Jumaat lepas masa ammi kononnya WFH tu dan kita cerita di hari Jumaat minggu ini. Sebab tak pergi kerja maka ammi buatlah sarapan untuk anak-anak dirumah.
Buat yang simple-simple je sebab seketul emak ni bukanlah rajin mana pun.
Ada beli pizza size personal ni kat JG haritu. Jomlah masukkan dalam airfryer untuk Alip.
Gambar sebelum masuk AF, lepas masuk AF nan hado. Ammi tak rasa pun sedap ke tidak. Alip kata sedap tapi Khilfi kata "bolehlahhh".
Ada baki nasi setipuware kecik, ammi buatlah nasi goreng campur petai dan kacang panjang pedas-pedas. Khilfi kan spesis tekak macam abah, yang pedas itulah yang dia suka.
Lepas sarapan, jomlah kemas apa yang patut sementara Khilfi masuk kelas online.
12 Comments
Kira tahap rajin juga ni Ammi dapat sediakan macam-macam. Ada juga ye yang mengikut suka pedas.
ReplyDeleteberselera tengok nasi goreng tu.. ^^
ReplyDeleteRajin omaknya... 3 menu berbeza tu
ReplyDeletebanyak jugak makanan tu. ada pizza, nasgor dgn wrap. kalau saya tekak omputih la nk pizza hehe
ReplyDeleteNasi goreng petai paling membuka selera. Wrap tu pun ok, makan sihat, bagus juga.
ReplyDeletesarapan dgn wrap tu memang sihat!
ReplyDeletekenyang makan suk hati..alhamdulillah
ReplyDeleteSaya pikir tadi yg hijau2 itu potongan Cili padi 😄. Ternyata kacang panjang yaaa. Samaaa selera saya dengan anak kakak, wajiiib pedas 😄
ReplyDeleteLama tak buat wrap. Nanti nak buat la. Kelmarin ada beli untuk anak. Tak suka sangat chicken wrap tu dia letak sos cili yang pelik rasanya tu. Entahla brand apa diletaknya. Anak pun cakap tak sedap.
ReplyDeleteWah, menu sihat tu!
ReplyDeleteWrap, dengan telur dan salad. Lengkap karbo, protein dan serat.
Akak ada wrap 8 keping tu .bila nak rasmikan x tau ..x sihat ni diet pun tunggang langgang
ReplyDeletenasi goreng tu jugak yg nampak sedappp
ReplyDelete