Rombongan meminang

Inilah tujuan utama kami ke Taiping.  Nak menyibuk-nyibuk je di majlis pertunangan anakbuah kami Aiman dan pasangannya.  

Patutnya kalau ikut urutan post ini dulu yang keluar sebelum post pergi Zoo Taiping.  Tapi gitulah bila ko peram cerita lelama.  



Beberapa bulan lagi insyallah kalau Allah izinkanlah jadilah mereka pasangan suami isteri.


Berjumpa bila dan dimana pun taktau.  Aiman kerja di Sabah, tunangnya ni di semenanjung.  Begitulah bila Allah dah tentukan jodoh kita sejak di Luh Mahfuz.  Bak kata pepatah ikan dilaut asam didarat, dalam kuali bertemu juga.


Tema warna sebelah perempuan pink, dan sebelah lelaki hijau.

Masalahnya, suami saya yang ada dalam group adik beradik dia, sikit pun tak cakap "kita ada tema"...dah tak memasal ammi bawak je baju ikut suka dan eh tersama pulak tema kita dengan keluarga pihak perempuan.  🙄


Family sebelah kami.  


Lama dah ammi tak pakai baju ni sebab rasa serabut pulak bila terlampau meriah corak kat baju.


Maklong Kyra dan Aydan.  Melentik teruk bulu mata cucu kita ni tau.  

Lauk-pauk sedap sangat tapi ammi taklah ambil gambar sebab segan pulak.  Bubur gandum dia paling ammi ingat sebab jarang orang buat bubur gandum untuk majlis.

Masa nak masuk rumah kita tak perasan, masa nak balik baru perasan.  Ya Allah, geram pulak tengok tapi taknaklah meminta.  Kita ambil gambar jelah.


Dapat ni pastu cicah dengan cili kicap auchhhh mantap.

Sebelum zohor kami dah sampai ke homestay semula.  Ammi kemas-kemas sikit rumah sebab pagi tu ramai yang datang sarapankan.  Basuh-basuh mana yang tak sempat nak dibasuh pagi tadi.  Pastu marilah mandi-mandi jap sementara nak tunggu jamak dan marilah kita balik selepas itu.

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulilah semoga dimudahkan urusan anak buah hingga ke jinjang pelamin...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, semoga sampai ke jinjang pelamin 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Selamat bertunang buat keduanya..manis orangnya ha...kat opis akak ada staff nama Firzanah jugak...blom kahwin..hahahahah

    ReplyDelete
  4. Cantik la baju batik ammi tu, bila dipadankan dengan tudung plain nampak sesuai je. Geram lak nengok jambu air tu kan.... dapat menyicah aduhla sedap

    ReplyDelete
  5. Kalau dah jodoh, jauh² pun boleh jadi. Mujur jugalah ada tersama dengan keluarga perempuan, jadi masuklah warna tu dengan tema majlis kan. Abah lupa kot nak inform. hihi...

    Bubur gandum antara bubur yang saya nak rasa. Macam tak pernah makan rasanya. Jambu air, pun lama juga tak makan. Sedap tu petik dari pokok. Rasa kelat-kelat sikit. Tapi kalau cicah dengan cili, guna dan kicap, sedap!

    ReplyDelete