Hari Jumaat (22.5.2026) sehari lepas majlis graduasi Kyra, boss kata tak perlulah masuk office walaupun Khamis tu ammi dah cuti. Jangan tanya kenapa saya setia dengan boss saya kalau begini perangai boss saya. Boss saya baca blog saya, jadi saya perlu KIPAS LEBIH boss saya. Hahahah..
Pagi lepas sarapan, ammi suruh Kyra check UPU. Rupanya pukul 12 baru talian dibuka. Pastu macam biasalah...talian jam. Dia check sendiri je, takdelah macam orang lain buat video, buka bersama-sama keluarga. Aishhh keluarga saya tak normal ke macam mana ni?
Masa nak masak tu, ammi buka fridge dan tengok..eh takde satu pun yang berwarna hijau atau sayur-sayur dalam fridge. Acaner ni?
Kakak ipar yang di Senawang ada bekalkan lauk hari Selasa kalau tak silap. Rabu dan Khamis kami tak makan dirumah...jadi kita bawa jelah ke hari Jumaat. Ikan tenggiri MLCA podeh menyongat. Kakchik kalau masak memang pedaslah.
Ammi top up la dengan ayam goreng. Yang tinggal pun bahagian-bahagian tulang je yang patutnya sesuai buat sup. Tapi dah ada kuah lemak takkan nak buat sup lagi..kita goreng jelah.
Tak ada sayur, kita goreng jelah fucuk + suhun + black fungus ni konon-konon macam sayur. Tumis jelah ikut suka.
Sebab dah lama sangat cerita ni, ammi pun tak ingat malam tu kita makan apa sebab lauk memang ammi buat untuk lunch je.
Begitulah hasilnya bila ko gemar memeram cerita pastu ko pun tak berapa boleh nak ingat perkara dah sekarang ni ditambah pulak ko tak berapa rajin nak ambil gambar.
Sekian.
.png)
.png)



1 Comments
Ni bukan peram cerita... tapi nak bagi cerita tu matang... hehehe
ReplyDelete