Hari Jumaat 5.6.2026 - ini adalah tarikh lahir arwah ayah ammi. Kalau arwah hidup usianya 77 tahun tapi usianya terhenti cuma di nombor 50.
Pagi Jumaat kami berempat tanpa Khilfi mulakan perjalanan ke Taiping. Kita janji nak jumpa Banchik (abang ipar) di Subang sebab dia nak tumpang kereta kak Chik. Tujuan ke Taiping sebab anak sulung Banchik nak bertunang.
Hujan renyai-renyai pagi tu...kami berhentilah dulu bersarapan di R&R Seremban.
Kyra makan yong tau foo...nampak betapa keluarga kami sangat sukakan YTF. Alip makan bubur, ammi dan abah makan soto nasi. Bukan main hitam pekat kuah soto ammi sebab ammi letak cili kicap yang tak rasa pedas langsung. Pedas dia kat hujung2 je. Aisehmannnn orang nogori dah tak makan podeh ko apo?
Bukan main lagi beliau dibelakang dengan handphone melintang tu ye. Sesekali dapat main phone di hari Jumaat nan indah...tu diaaaaa bukan main focus.
Kami sampai di Subang Perdana lebih kurang pukul 10 lebih pastu Banchik ajak makan lagi. Huhuhu...memang taklah. Tapi Kyra & Khilfi terpaksalah juga makan sekeping roti canai kongsi-kongsi sebab Pakcik dah orderkan.
Ammi rasa macam sesuai je orang yang sentiasa lupa tarikh dan tempat ni guna timemark camera. Hahhhh...senang. Ada masa, tarikh, lokasi siap. Tapi macam mana jadi Shah Alam pulak eh?
Dalam kereta lepas dapat approval dari client dan boss, ammi gigih juga on laptop sebab ammi perlu finalizekan satu document sebelum difailkan di Mahkamah. Cuti pun kerja perlu dilaksanakan...barulah boss tak ralat nak bagi kita "work from home".
Pukul berapa ntah...rasanya lepas waktu solat Jumaat kami sampai di Kuala Kangsar. Marilah kita cari tempat makan. Dorang suruh ammi cari...ha marilah kita google je.
Ammi pilih untuk lunch di Restoran Teratak Warisan Kampung yang terletak di Lot 2240, Jalan Taiping, Sebelah Taman Putra, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
.png)
Rambang mata nak memilih makanan sebab banyak sangat pilihan. Dekat tempat kuih-muih pun rambang juga mata tapi ammi cuma beli pulut je sebab takut membazir je nanti kalau beli banyak-banyak sebab kami ada agenda cari makan lagi lepas ni.
Satu gambar makanan pun ammi tak snap sebab rasanya kami memang kelaparan masa tu. Fokus ambil lauk, basuh tangan, baca doa dan makan. Dah siap makan baru ammi suruh Kyra tolong snapkan gambar kedai.
Kita lalulah juga di Maktab Melayu Kuala Kangsar...bagi Alip rasa vibe-vibe "Eton of the East". Tapi ammi memang tak akan letak MCKK dalam pilihan sekolah khusus anak-anak ammi. Dibuatnya dapat naya koooo nak menghantar anak jejauh tu.
Sampai sini ammi memang terbayang-bayang je muka ex-boss ammi. Kampungnya di Sayong, dan dia pun memang ex-MCKK dan satu kelas dengan atok Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Batch mereka dipanggil Tarinaga 61 dan ramai juga tokoh-tokoh ternama negara yang satu batch dengan ex-boss ammi. Kenapa ammi ingat? Sebab ammilah tukang simpan semua list nama dan alamat batchmate Tarinaga 61 ni.
Lepas makan kami teruslah ke homestay. Abah nak lelapkan mata kejap sebelum kami keluar cari makan ditempat lain sebab member drive sorang-sorang. Nak harapkan co-pilot yang drive, silap haribulan kita satu family dok tersidai kat hospital pulak karang.
.png)

.png)
.png)


10 Comments
Boss2 Malakoff ni ramai Ex MCKK....macam majoriti je...Seronoknya dapat jalan-jalan cari makan sampai ke Taiping! Terliur tengok menu soto nasi kuah hitam pekat tu, walaupun rupa-rupanya tak pedas sangat eh Ammi? Hehe. Lapar punya pasal, sampai lupa nak snap gambar lauk pauk kat Kuala Kangsar tu memang biasa sangat! Akak pun ada cadangan nak ke Taiping...hujung2 tahun la kot...
ReplyDeletesitu memang masih area shah alam ar ammi. Jalan-jalan cari makan benda yang paling best masa travel. kasi redah je kedai mana yg kita nampak best. Doa dalam hati semoga makanan dia sedaplah hendaknya.
ReplyDeleteMCKK tetap mendonia...
ReplyDeleteLinda pun jarang masuk ikut kuala...hihihi
Lamanya tak ke Taiping dan Kuala Kangsar. Kampung belah MIL Cie.
ReplyDeleteYong tau foo pon faveret kita org 👌
ReplyDeleteHahahahahahaha, ini sama macam saya. Tak mungkin jadi driver kedua 😂😂. Baru jalan beberapa meter, memang accident saya rasa 😅😅. Dah laah, kita jadi navigator saja kak 😄.
ReplyDeletewahh bestnya jln2 taiping!! anyway, sbb ammi tulis psl arwah ayah ammi tu...kiranya arwah meninggla agak muda lah kan..50 y.o tu..moga arwah tenang di sana..aamiin
ReplyDeleteTime & date elok dah direkod ye, tempat pulak salah. Maunya jadi confused jugak tu bila tengok balik pic tu nanti² hihi
ReplyDeleteSotong kangkung belakang Balai Bomba Taiping tu sedap Ammi 🤗
MCKK ni memang legend la kan sebab ramai pemimpin negara pun dari sini. Kuala Kangsar memang tenang aje vibes nya
ReplyDeleteLama tak rasa vibes rombongan family ni. Buat masa terdekat ni tak ada pulak family member yang nak bertunang ke kahwin ke. Seronok dapat berkumpul ramai². Nampaknya kalau kemana-mana memang YTF je lah pilihan hati family Ammi. Saya pun suka makan YTF. Yang penting kuah dan sosnya sedap.
ReplyDeleteOrang Nismilan wajib podeh. hihi...
Kalau dapat sekolah di MCKK, dapat jugalah Ammi selalu ke KK. Tak gitu Ammi? KK ni macam underrated place tapi banyak tempat menarik juga untuk explore.